Pelaburan 101
Panduan
- Ringkasan
- Tetapkan matlamat pelaburan
- Menyimpan dan melabur sekarang!
- Melabur dari awal untuk mengatasi inflasi dan mendapat faedah daripada pengkompaunan
- Melabur secara konsisten setiap bulan
- Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu
- Seimbangkan pulangan (berapa banyak anda akan untung) dengan risiko (kebarangkalian anda akan rugi)
- Elakkan fi yang tinggi
- Jangan jual ketika panik
- Jangan berhutang untuk melabur
- Berwaspada dengan komplot penipuan
- Infografik
10 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU
- Sebelum anda mula, tetapkan beberapa matlamat pelaburan
Tetapkan beberapa matlamat kewangan untuk diri anda. Matlamat ini akan membantu anda untuk terus fokus dalam menyimpan dan melaburkan wang anda. Anda boleh gunakan kalkulator matlamat simpanan kami untuk membantu anda. kalkulator matlamat simpanan
Di sini ada beberapa contoh matlamat pelaburan dan rangka masa yang biasa dilihat:
Matlamat pelaburan Rangka masa Jumlah wang yang anda perlukan Jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk mencapai matlamat itu Membeli kereta pertama anda Membeli rumah- bayaran muka Perbelanjaan untuk perkahwinan idaman anda Menabung untuk pendidikan anak anda Persaraaan - Menyimpan dan melabur sekarang!
Mulakan dengan sekurang-kurangnya menyimpan 5%-10% daripada gaji anda! Bila tiba hari gaji, terus asingkan 5%-10% daripada jumlah gaji dan simpan. Jika gaji anda RM2,500, asingkan RM125-RM250, atau apa saja jumlah yang anda mampu sebagai permulaan.
Untuk membolehkan simpanan anda membuahkan hasil, anda perlu melaburkannya. Ada banyak pilihan pelaburan termasuk Deposit Tetap, KWSP, Amanah Saham, REITS, Dana Dagangan Bursa (ETF), Dana Unit Amanah, dan Saham.
Klik di sini untuk mengetahui cara-cara kita boleh menyimpan wang.
- Melabur dari awal untuk mengatasi inflasi dan mendapat faedah daripada pengkompaunan
Kenapa?
Kerana pengkompaunan itu penting.
Apabila anda melabur, anda akan mendapat manfaat daripada pengkompaunan. Pengkompaunan membolehkan simpanan anda bertambah dengan pantas. Lebih awal anda melabur, lebih cepat wang anda akan bertambah.
Rasa macam bijak tak?
Bayangkan anda mendapat pulangan 3% bagi simpanan RM1,000 selepas setahun, hasilnya cuma RM1,030. Sekarang, bayangkan anda biarkan wang anda di situ dan mendapat 3% lagi untuk tahun itu. Anda biarkan wang anda di situ untuk 50 tahun lagi. Cuba teka berapa banyak wang anda ada di bank?
Cuba kira: RM1,000 + (RM30 x 50 tahun) = RM2,500
Boleh tahan, kan?
Sebetulnya, angka yang sebenar jauh lebih hebat. Sebenarnya anda akan mendapat RM4,384 hanya dengan menyimpan wang anda di bank yang memberi pulangan faedah 3%. Rahsianya pada tahun kedua, anda bukan mendapat 3% bagi RM1,000 tetapi 3% bagi RM 1,030 (jumlah awal yang anda masukkan tambah dengan faedah yang anda dapat) yang berjumlah RM30.90. Perolehan faedah anda akan meningkat dengan lebih banyak dari tahun ke tahun.
Lihat graf di bawah untuk memahami bagaimana sebenarnya wang anda bertambah dalam tempoh 50 tahun itu.
Faktor inflasi
Jika anda tak laburkan wang simpanan anda, ia akan perlahan-lahan ‘dimakan’ oleh apa yang dikenali sebagai inflasi, iaitu wang anda semakin kurang kuasa belinya dari masa ke masa. Anda tahu apa maksudnya, bukan? Pada tahun 2018, anda pergi ke pasar dan membeli ikan pada harga RM15. Pada tahun 2019, anda pergi ke pasar dan harganya sudah menjadi RM15.30. Tahun depan, ia mungkin lebih mahal lagi.
Sekarang bayangkan jika anda menyimpan RM15 dalam akaun simpanan anda dengan pulangan 0.8% pada tahun 2018. Jumlah wang anda akan menjadi RM15.12 pada tahun 2019 – ini bermakna anda tak mampu nak beli ikan yang sama banyak seperti yang anda beli pada tahun 2018.
Sebaliknya, jika anda melaburkan wang yang sama dalam Deposit Tetap dengan pulangan 3%, jumlah wang anda akan menjadi RM15.45, yang akan membolehkan anda membeli ikan yang sama banyak dan akan ada sedikit wang lebih. Inilah sebabnya penting untuk anda melabur.
- Melabur secara konsisten
Tadi kami ada sarankan supaya anda asingkan sedikit wang gaji anda setiap bulan. Anda harus gunakan wang ini untuk membuat pelaburan secara konsisten.
Kenapa? Sebab hakikatnya memang sukar untuk menentukan rentak pasaran. Maksudnya, hampir mustahil untuk kita tahu bila masa yang sesuai untuk membeli dan bila masa yang sesuai untuk menjual. Pengurus dana profesional pun terpaksa berusaha keras untuk mencapai prestasi yang lebih baik daripada prestasi indeks. Oleh itu, anda harus terus laburkan jumlah wang yang sedikit secara konsisten, tak kira sama ada anda rasa pasaran sedang naik atau turun.
Untuk penjelasan lebih lanjut, klik di sini:
Jika anda perhatikan graf indeks yang menjejak bursa saham Malaysia di bawah, anda boleh lihat bahawa dalam tempoh masa yang panjang, anda tentu akan mendapatkan keuntungan. Apa pun, jika anda pilih untuk simpan semua wang anda dan hanya membuat pelaburan yang besar pada titik A kerana anda fikir itu masa yang paling sesuai, anda mungkin akan mengalami kerugian besar, terutamanya jika anda jual pada titik B.
Sumber: Yahoo Finance
Inilah sebabnya anda harus melabur jumlah yang sedikit secara konsisten. Kadang-kadang anda membeli pada harga yang rendah dan kadang-kadang anda membeli pada harga yang tinggi. Anda lebih berkemungkinan akan mendapat purata pulangan yang lebih baik dengan melabur secara konsisten untuk tempoh masa yang lama, berbanding dengan pelaburan yang dibuat mengikut jangkaan naik turun pasaran.
- Seimbangkan risiko dengan pulangan
Semua pelaburan ada risiko tertentu tetapi jenis pelaburan yang berbeza-beza ada tahap risiko yang berlainan. Anda dapat lihat di bawah jenis pelaburan yang rendah risiko dan tinggi risiko, serta tahap pulangan masing-masing.
Pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi, membawa risiko yang lebih tinggi. Pelaburan yang menawarkan pulangan yang rendah, membawa risiko yang lebih rendah.
*Angka menunjukkan pulangan bagi tempoh 10 tahun yang lepas (2009-2018).
Jika anda tak yakin atau tak ada ilmu kewangan yang diperlukan, lebih baik anda melabur dalam KWSP dan Amanah Saham untuk mengumpul pulangan yang konsisten. to collect consistent returns.
Jika anda ada ilmu dan kemahiran untuk melabur, mungkin anda boleh ambil sedikit risiko dengan melabur sendiri dalam produk seperti saham untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi; tetapi ingat, kebanyakan kita tak ada kemahiran untuk mendapat pulangan sebegitu tinggi (kebanyakan pengurus wang profesional pun terpaksa berhempas-pulas untuk mencapai pulangan yang besar setiap tahun).
Ingat, ini bukanlah syor pelaburan dan ia juga tidak lengkap. Ia hanya untuk membolehkan anda mendapat pendedahan serba sedikit tentang bagaimana rupa portfolio pelaburan yang lazim, bergantung kepada kesanggupan anda mengambil risiko.
Konservatif (tidak sanggup mengambil risiko):
Kebanyakan kita berada dalam kategori ini. Kita tak sanggup kehilangan wang dan lebih sukakan pulangan yang stabil dan konsisten. Jadi, pelaburan anda mungkin lebih kurang seperti berikut:
- Simpanan KWSP (termasuk jumlah tambahan yang anda carum)
- Amanah Saham
- Rumah yang anda duduki.
- Anda mungkin simpan sedikit wang dalam Deposit Tetap untuk perbelanjaan jangka pendek dan jangka sederhana seperti perbelanjaan pendidikan atau kecemasan.
Sederhana (sanggup mengambil sedikit risiko):
Pelaburan anda nampak seperti pelaburan konservatif kecuali mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Anda mungkin memilih untuk menyimpan kurang sedikit wang dalam KWSP dan Amanah Saham. Sebaliknya, anda mungkin lebih suka sedikit cabaran dan membuat pelaburan dalam Unit Amanah, Dana Dagangan Bursa (ETF) atau REIT.
Agresif atau pelabur yang lebih berpengetahuan:
Anda masih ada sedikit simpanan dalam KWSP serta memiliki rumah sebagai pelaburan, tetapi pelabur agresif juga akan sanggup mengambil risiko untuk melabur dengan harapan mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Berbanding dengan pelabur konservatif, pelabur begini mungkin akan melabur dalam saham atau unit amanah ekuiti daripada menyimpan lebih banyak wang dalam KWSP atau Amanah Saham.
Jadi, seperti yang anda boleh lihat, tiga kategori pelabur ini mungkin melabur jumlah yang sama tetapi mereka mengagihkan pelaburan mereka dengan cara yang berlainan, sesuai dengan ketahanan risiko mereka (tetapi ingat, ini bukanlah satu syor pelaburan).
Konservatif Serderhana Agresif Deposit tetap ✓ ✓ ✓ KWSP ✓ ✓ ✓ Amanah Saham ✓ ✓ ✓ REIT ✓ ✓ ETF* ✓ ✓ Dana unit amanah* ✓ ✓ Saham ✓ *Tahap risiko berbeza-beza bergantung kepada Dana Dagangan Bursa (ETF) dan Dana Unit Amanah..
Adakah tempat saya membuat pelaburan bergantung kepada matlamat saya? Ya!
Dua perkara perlu dipertimbangkan:
- Untuk masa yang ideal untuk pelbagai produk pelaburan. Pelaburan ekuiti seperti saham dan unit amanah umumnya lebih cenderung kepada pelaburan jangka sederhana kepada pelaburan jangka panjang. Jika ufuk masa anda pendek, anda perlu pertimbangkan pelaburan lain seperti Deposit Tetap
- Akses kepada wang pelaburan anda. Sama ada lebih mudah atau lebih sukar untuk mengakses wang anda bergantung pada tempat anda melabur. Sebagai contoh, jika anda perlu mendapatkan wang anda dengan cepat, anda boleh letakkan wang anda dalam akaun Deposit Tetap yang mempunyai tempoh simpanan yang pendek . Sebaliknya, pelaburan seperti saham ataupun simpanan KWSP anda lebih sukar untuk dicairkan (ditukar kepada tunai atau setara tunai dengan menjualnya dalam pasaran terbuka) atau diakses untuk keperluan jangka pendek.
Jadual tahap risiko dan rangka masa ideal yang lebih terperinci bagi produk pelaburan yang tersenarai di atas.
<Produk (klik nama di bawah untuk pergi ke kandungan masing-masing) Rangka masa pelaburan Ciri-ciri utama Risiko Pulangan purata Deposit tetap Rangka masa tetap yang telah ditentukan Pulangan yang rendah tetapi konsisten Rendah 3%* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelaburan jangka panjang untuk tujuan simpanan persaraan Profil risiko yang rendah dan pulangan yang konsisten.
Simpanan boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu (cth., pendidikan, membeli rumah) sebelum umur 55 tahun tertakluk kepada kriteria EPF
Rendah 6.2%* setahun Amanah Saham (Dana harga tetap) Pelaburan jangka pendek - jangka panjang.
Pulangan yang terbaik dapat dilihat apabila dilaburkan untuk jangka panjang. Apa pun, tiada kerugian jika melabur untuk jangka pendek.
Profil risiko yang rendah dan pulangan yang konsisten. Rendah 6.9%* setahun Dana Pelaburan Harta Tanah (REIT) Boleh jadi pelaburan jangka pendek atau pelaburan jangka panjang Hasil dividen yang tinggi
Pulangan modal masih bergantung kepada harga saham
Rendah hingga Sederhana Bergantung kepada portfolio dana Dana dagangan bursa Pelaburan jangka panjang Fi yang rendah
Pulangan tidak konsisten dan bergantung kepada keadaan pasaran
Sederhana Bergantung kepada portfolio dana strong>Dana unit amanah Pelaburan jangka panjang Fi yang tinggi
Returns are not consistent, dependent on market conditions and managers skill
Sederhana< Bergantung kepada portfolio dana Saham Boleh jadi pelaburan jangka pendek atau pelaburan jangka panjang Pulangan bergantung sepenuhnya kepada portfolio Tinggi Berkemungkinan sederhana hingga tinggi bergantung kepada pasaran dan syarikat - Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu!
Melabur dalam beberapa jenis produk yang berlainan atau “mempelbagaikan portfolio anda” Dengan mengagihkan pelaburan anda dalam beberapa produk yang berbeza-beza, dan tidak meletakkan kesemua wang anda dalam hanya satu produk, anda boleh menyebarkan risiko dan mengurangkan kebarangkalian akan kehilangan semua modal anda jika sesuatu yang buruk berlaku.
Sebagai contoh, anda laburkan RM1,000 untuk beberapa produk pelaburan, seperti melabur RM500 dalam Amanah Saham dan baki RM500 dalam produk pelaburan yang lain. Klik di sini untuk mengguna kalkulator kepelbagaian kami.
Untuk menerangkan tentang kepelbagaian, katakan anda telah mengagihkan pelaburan anda kepada 4 produk berbeza iaitu Amanah Saham, ETF, REIT, dan Saham. Pulangan keseluruhan anda tidak seteruk prestasi pelaburan anda yang paling rendah dan tidak setinggi prestasi pelaburan anda yang paling bagus.
Scenario A:
Dalam senario A di atas, iaitu apabila anda mengambil keputusan untuk mengagihkan pelaburan anda, pulangan anda lebih tinggi berbanding dengan hanya melabur dalam ETF, tapi lebih rendah berbanding dengan hanya melabur dalam pasaran saham.
Dalam Senario B:
Jika anda hanya melabur dalam pasaran saham, anda akan mengalami kerugian besar. Dengan mempelbagaikan pelaburan, anda telah dapat membendung kerugian dan masih dapat menikmati sedikit pulangan.
- Elakkan fi yang tinggi
Fi
Fi biasanya dalam bentuk fi jualan sekali bayar dan fi tahunan seperti fi pengurusan dan fi pemegang amanah.Jumlah fi nampak seperti kecil pada mulanya, tetapi dalam jangka panjang, ia terkumpul menjadi besar. Jika anda dapat menikmati pulangan setinggi 6%, pulangan anda selepas 30 tahun tanpa bayaran fi ialah 474%. Tapi kalau dikira fi tahunan sebanyak 1%, pulangan anda hanya 332%. Jadi anda telah kehilangan satu perlima daripada kekayaan anda disebabkan oleh pembayaran fi!
Lihat bagaimana pulangan anda jika anda bermula dengan melabur sebanyak RM1,000.
- JANGAN jual dalam keadaan panik
Ramai pelabur panik dan menjual apabila mereka lihat saham mereka jatuh dan menyebabkan untung yang lebih rendah. Kenapa? Sebab mereka membeli semasa pasaran tinggi dan menjual semasa pasaran rendah. Sepatutnya, anda hanya perlu membuat perubahan terhadap portfolio anda apabila terdapat perubahan penting yang melibatkan pelaburan anda.
Contoh perubahan penting termasuk berita negatif tentang syarikat (penipuan, perubahan dalam pengurusan, pendapatan menurun), perubahan negatif dalam peraturan kerajaan atau industri itu sendiri terkesan atau terganggu disebabkan oleh teknologi baru.
Anda perlu faham apa yang sebenarnya berubah dengan pelaburan anda dan tidak perlu bertindak terhadap keadaan turun naik yang bersifat jangka pendek. Menyelidik sebelum melabur meminimumkan risiko yang anda akan menjadi panik atau membuat keputusan yang salah.
Graf di bawah menunjukkan prestasi Bursa KLCI sejak tahun 1994. Dalam tempoh 28 tahun yang lepas, anda dapat lihat peningkatan prestasi Bursa secara keseluruhan.
Sumber: Yahoo Finance
Tapi jika kita hanya fokus kepada tempoh tertentu, katakan dari tahun 2007 hingga 2009, prestasi Bursa KLCI kelihatan seperti agak teruk.
Sumber: Yahoo Finance
Katakan anda telah memutuskan untuk mengeluarkan wang anda pada 1 Januari 2008 semasa prestasi pasaran teruk, anda rugi atau hilang peluang untuk mengaut keuntungan yang lebih di kemudian hari kerana pasaran naik semula tidak lama selepas itu. Jadi, sangatlah penting untuk bersabar.
- Jangan berhutang untuk melabur
Berhutang untuk melabur boleh diibaratkan seperti memegang bom masa yang sedang berdetik. Pelaburan seperti Amanah Saham, KWSP menawarkan pulangan antara 4%-7% setahun. Kadar faedah pinjaman peribadi atau kad kredit anda adalah kira-kira 10% hingga 18%*. Sumber: klik di sini). Besar kemungkinan anda tak akan dapat pulangan yang cukup daripada pelaburan anda untuk membayar balik hutang anda! Kalau anda tak dapat membayar balik hutang, anda akan terjerumus dalam kitaran hutang yang menyebabkan keadaan kewangan anda lebih teruk daripada sebelum anda melabur. Jadi, jangan burukkan lagi keadaan anda!
- Berwaspada dengan komplot penipuan
⚠ Jika ia sesuatu yang sukar dipercayai, mungkin memang betul tak boleh percaya!
Awas: Berwaspadalah terhadap jaminan pulangan yang sangat tinggi!
Jika ia sesuatu yang sukar dipercayai, mungkin memang betul tak boleh percaya! Mana-mana pengurus pelaburan yang sah tak akan mendakwa boleh memberi anda pulangan melebihi purata bagi saiz pelaburan yang sama setiap tahun, tanpa mengambil kira naik turun pasaran.
Hakikatnya, pelabur rata-rata akan berpuas hati dengan pulangan 6% setahun (dianggap kadar pulangan yang bagus!). Seorang pengurus dana yang hebat (amat jarang dijumpai di mana-mana) boleh mencapai pulangan yang lebih tinggi bergantung kepada keadaan pasaran. Pelabur terkaya di dunia seperti Warren Buffett pun mendapat pulangan purata 12% setahun dalam tempoh kebelakangan ini. Jadi, kalau ada sesiapa datang kepada anda menawarkan pulangan 30% setahun ataupun 3% sebulan, berpalinglah dan melangkah pergi!
Anda perlu berjaga-jaga dengan komplot penipuan pelaburan yang biasa didapati di Malaysia
Komplot penipuan Macau
- Anda ditawarkan peluang hebat untuk melabur dalam saham melalui telefon.
- Anda dijamin pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat
- Baca lebih lanjut di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/28/99-arrested-in-macau-scam-bust-largest-made-so-far
Pertaruhan wang atau skim pelaburan piramid (skim Ponzi versi Malaysia). Skim Ponzi ialah sejenis penipuan yang melibatkan pengambilan wang daripada pelabur baru yang digunakan untuk membayar pulangan yang tinggi kepada pelabur sebelumnya, sebagai satu cara untuk menunjukkan kejayaan pelaburan dan menarik lebih ramai pelabur. Namun, disebabkan pulangan yang dibayar bukan hasil daripada pelaburan sebenar, akhirnya skim itu akan berakhir dengan buruk.
- Dipamerkan sebagai satu peluang pelaburan yang sah (kakitangan yang meyakinkan, menggunakan terma teknikal)
- Menawarkan bayaran untuk anda merekrut pelabur lain untuk melabur.
- Baca lebih lanjut: https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2019/04/15/beware-money-games-if-its-too-good-to-be-true-it-isnt/
⚠ Elakkan komplot penipuan dengan memeriksa lesen pelaburan.
Pastikan sesebuah produk pelaburan itu dilesenkan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh hubungi Suruhanjaya Sekuriti di talian +603-6204 8000 atau Bank Negara di talian 1-300-88-5465 untuk membuat semakan atau melaporkan aktiviti pelaburan yang mencurigakan. 1-300-88-5465 untuk membuat semakan atau melaporkan aktiviti pelaburan yang mencurigakan.
⚠ Hanya kerana seseorang itu kelihatan seperti boleh dipercayai dan bijak tidak bermaksud dia bukan sedang cuba untuk menipu anda.
Anda mungkin pernah dengar tentang Bernie Madoff. Dia menjalankan salah satu skim Ponzi yang terbesar dalam sejarah dengan anggaran kerugian berjumlah $50 billion. Namun, adakah anda tahu yang Bernie pernah menyandang jawatan Pengerusi NASDAQ (bursa saham Amerika)? Itulah tahap kebolehpercayaan yang ada padanya dan dieksploitasi olehnya untuk menipu mangsa-mangsanya.
*Sumber:
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/personal/personal_loan.page?
Related Quizzes