Pengenalan Kepada REITS (Bahagian 1)

Anda patut melabur dalam hartanah. Itulah nasihat pelaburan yang sekian lama diberikan sejak beberapa dekad yang lalu. Tapi hakikatnya harga hartanah semakin melambung dan berada di luar kemampuan rakyat biasa di Malaysia. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia yang telah menyebut bahawa mengikut standard antarabangsa, harga rumah-rumah di Malaysia boleh dianggap "sangat tidak mampu milik”.

Kemudian muncul Dana Pelaburan Hartanah, atau Real Estate Investment Trusts (REIT)—produk pelaburan yang membolehkan rakyat Malaysia melabur dalam hartanah tanpa perlu mengambil pinjaman yang besar. Tapi apa sebenarnya REIT dan apa yang anda perlu tahu sebelum melabur di dalamnya?

Panduan ini bertujuan untuk memberikan jawapannya. Ia terdiri daripada dua bahagian. Dalam bahagian pertama ini, kami akan terangkan satu persatu tentang REIT – termasuk tujuan dan juga strukturnya—serta membuat perbandingan antara REIT dengan saham biasa dan hartanah tradisional. Dalam bahagian yang kedua pula, kami akan memberi penekanan kepada risiko yang wujud dan cara menganalisis risiko supaya anda lebih faham bagaimana untuk menambah REIT ke dalam portfolio pelaburan anda.

Details
Published Date
12 Feb 2021
Source
Bursa Malaysia
Proficiency Level
Beginner
Share

Related Videos

Discover other related videos