Kad Kredit 101

Kad kredit ialah sekeping plastik yang berguna kerana ia membolehkan anda membuat pembelian secara kredit (seperti pinjaman), dan bayaran boleh dibuat kemudian. Walaupun ia ada banyak kelebihan, kad kredit perlu digunakan dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan anda daripada terjerumus ke dalam kancah hutang.

 

Ringkasan
  • Kad kredit bukan wang percuma
    Kad kredit bukan wang percuma, jadi berbelanjalah mengikut kemampuan anda (tak kira apa pun had kredit yang diberikan oleh bank kepada anda!).
     
  • Kadar faedah kad kredit adalah tinggi
    Kad kredit biasanya mengenakan faedah setinggi 15-18% setahun! Jadi, jika anda membeli barang dengan menggunakan kad kredit, pastikan anda langsaikan baki kad kredit anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan caj ini.
     
  • Bayar lebih daripada bayaran minimum
    Jika anda hanya membuat bayaran minimum kad kredit anda, akhirnya anda akan membayar faedah yang BANYAK.
     
  • Gunakan kad kredit hanya sebagai pembiayaan jangka pendek
    Dengan faedah tahunan yang begitu tinggi, sebaik-baiknya gunakanlah kad kredit untuk barangan yang anda boleh bayar balik sepenuhnya dengan cepat. Untuk pinjaman jangka panjang, pertimbangkan mengambil pinjaman peribadi.
     
  • Hutang kad kredit boleh menyebabkan anda muflis
    Hutang kad kredit merupakan punca muflis yang ke-4 terbesar di Malaysia. Jadi, sangat penting untuk anda menggunakan kad kredit dengan bertanggungjawab.

 

JOM SELAMI LAGI TOPIK NI...

Kebaikan memiliki kad kredit
  • Ia membolehkan anda mengagihkan bayaran untuk pembelian yang besar
  • Kad kredit membolehkan anda membuat pembelian sementara menunggu gaji masuk
  • Jika anda melangsaikan hutang kad kredit anda setiap bulan, pada dasarnya anda mendapat pinjaman selama sebulan tanpa faedah
  • Mendapatkan kemudahan kad kredit dan membayarnya secara tetap akan menghasilkan skor kredit yang bagus dan ini berguna untuk permohonan pinjaman pada masa depan (contohnya pinjaman perumahan)

⚠ Sentiasa ingat: Apabila membeli barang dengan menggunakan kad kredit, ini tak bermakna anda tak perlu bayar, ia cuma membolehkan anda membuat bayaran kemudian!

Keburukan memiliki kad kredit
  • Memiliki kad kredit boleh menggoda anda untuk berbelanja lebih daripada kemampuan andadan ini menimbulkan risiko berhutang dengan banyak atau boleh menjadi muflis
  • Anda perlu membayar pelbagai fi dan caj untuk penggunaan kad kredit
  • Secara umum, kad kredit mempunyai kadar faedah tahunan yang lebih tinggi daripada pinjaman peribadi. Jadi, untuk pinjaman jangka masa panjang, lebih baik anda pertimbangkan mengambil pinjaman peribadi
  • Anda boleh merosakkan skor kredit anda jika anda menggunakan kad kredit anda dengan tidak bertanggungjawab
  • Anda mungkin akan rasa teringin untuk keluarkan wang tunai pendahuluan dengan menggunakan kad kredit anda, tapi anda akan dikenakan caj dan kadar faedah yang tinggi (jadi anda patut guna kemudahan ini untuk tujuan kecemasan saja)
Bila anda boleh memiliki kad kredit?

Anda boleh memiliki kad kredit jika anda berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM24,000.

Namun, anda hanya patut dapatkannya jika anda pasti yang anda mampu membayar baki kad kredit anda secara konsisten.

Jangan dapatkan kad kredit kalau anda merancang nak beli barangan yang mahal dan hanya melunaskan bayaran minimum, kerana ini akan menyebabkan anda berhutang dengan tidak terkawal.

Bayaran balik kad kredit anda

Bayaran balik minimum bagi penyata kad kredit anda setiap bulan ialah sama ada 5% daripada baki anda atau satu jumlah tetap yang ditentukan oleh bank (biasanya RM25 atau RM50)..

Katakan anda berjaya mendapatkan kad kredit dan anda berbelanja RM500 dengan menggunakannya dalam bulan pertama. Begini rupa penyata anda:

Source: Maybank

Bayaran minimum yang anda perlu bayar ialah RM25 (nota: untuk Maybank, bayaran balik minimum adalah 5% daripada baki kredit ataupun RM25, mana-mana yang lebih tinggi).note: for Maybank the minimum repayment is the higher of either 5% of the credit balance or RM25).

Berwaspadalah kerana jika anda hanya membuat bayaran minimum dan menggunakan kad anda untuk membeli barang lain pada bulan-bulan yang seterusnya, baki kad kredit anda akan cepat bertambah. Jadi, bayaran minimum yang anda perlu buat juga akan bertambah!

Contohnya, jika baki kad kredit anda mencecah RM5,000 setelah beberapa bulan kerana anda hanya membayar jumlah minimum setiap bulan, bayaran minimum anda yang baru akan menjadi RM250. Lagi beberapa bulan akan datang, bayaran minimum akan menjadi lebih banyak lagi!

Hal ini akan berterusan sehinggalah anda membayar kesemua hutang kad kredit anda. Ini boleh mengambil masa yang lama bergantung kepada berapa jumlah yang anda bayar setiap bulan.

Apa yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih kad kredit?

Tiga pertimbangan utama ialah:

1.  Kadar faedah: Faedah yang dikenakan ke atas baki tertunggak kad atau baki yang dibawa ke hadapan daripada bulan sebelumnya

Perkara untuk dipertimbangkan

  • Bank mana yang memberikan kadar terendah?
  • Lihat juga bagaimana kadar bayaran meningkat dari masa ke masa jika anda tak membuat bayaran tepat pada masanya
     

2. Fi tahunan: Fi yang dikenakan setiap tahun

Perkara untuk dipertimbangkan

  • Kad kredit mana yang TIADA FI?
  • Kad kredit mana yang mengenakan FI TERENDAH?
  • Ada tak pengenepian atau pengecualian (contohnya jika anda berbelanja lebih daripada jumlah tertentu)?
     

3. Ganjaran atau kelebihan: Kebanyakan kad kredit ada skim bonus seperti pulangan tunai, mata penerbangan percuma, mata bonus, keistimewaan, diskaun dan lain-lain

Perkara untuk dipertimbangkan

Cari kad yang memenuhi keperluan anda. Antara ganjaran/kelebihan yang ada termasuklah pulangan tunai (ada yang khusus untuk kedai tertentu), manfaat petrol, manfaat perjalanan, mata ganjaran

OtherPertimbangan lain apabila hendak memilih kad kredit:

Pengeluaran tunai: Perkhidmatan untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM dengan menggunakan kad kredit. Cari bank yang tawarkan fi dan faedah terendah untuk pengeluaran tunai. Walau apa pun, jangan keluarkan tunai dengan kad kredit kecuali jika benar-benar perlu kerana kosnya sangat mahal!

Pelan bayaran mudah/fleksibel dan/atau pelan pendahuluan tunai: Sesetengah kad menawarkan skim bayaran balik dengan faedah yang rendah untuk pembelian besar yang menggunakan kad kredit (pelan bayaran mudah/fleksibel) dan sesetengahnya menawarkan pinjaman tunai (pelan pendahuluan tunai) yang akan dipindahkan ke akaun simpanan/semasa anda mengikut nilai had kredit kad anda yang sedia ada.
 

Untuk pelan seperti ini, pertimbangkan:

  • Berapa fi pendahuluan?
  • Bank mana yang memberikan kadar faedah terendah?
  • Berapa jumlah minimum atau jumlah bayaran bulanan ansuran?
  • Berapa lama tempoh ansuran? (Pastikan anda boleh membayar balik pinjaman dalam tempoh ini)

 

PESANAN BERGUNA

Gunakan laman web perbandingan untuk mencari kad kredit yang paling sesuai untuk anda

Ada beberapa laman web yang membandingkan maklumat kad kredit di Malaysia: https://loanstreet.com.my/, https://www.gobear.com/my, https://www.comparehero.my/, https://ringgitplus.com/en/, https://www.imoney.my/

Sebagai contoh, jom lihat bagaimana kita boleh buat kaji selidik tentang kad kredit dengan menggunakan laman web seperti loanstreet.com.my:

Seperti yang anda dapat lihat, ada banyak pilihan. Umumnya, laman web perbandingan membolehkan anda menentukan manfaat yang anda mahu dan menunjukkan pilihan yang terbaik berdasarkan keperluan anda.

Contohnya, jika anda klik pada ‘Citi Cash Back Card’, anda akan lihat ini:

Apa yang ditunjukkan di sini ialah ciri-ciri utama kad itu, tapi anda tak boleh hanya bergantung kepada maklumat ini. Anda perlu kaji dengan lebih mendalam.

Tatal ke bawah laman web dan anda akan lihat maklumat fi dan caj, kadar faedah dan syarat minimum maklumat yang sangat penting!

Anda mungkin akan melihat perkara berikut:

  1.  
    • Syarat pendapatan: Contoh: pendapatan tahunan RM36,000 sebagai syarat kelayakan untuk memohon kad
  2.  
    • Fi tahunan: Contoh: fi tahunan RM120
  3.  
    • Kadar faedah:Kadar faedah yang dikenakan untuk kad ini bergantung kepada bagaimana anda membuat bayaran. Contohnya, jika anda membuat bayaran minimum tepat pada masanya (tidak lewat) bagi 12 bulan yang lepas, kadar faedah yang dikenakan ialah 15%. Tapi, jika anda membuat bayaran minimum tepat pada masanya (tidak lewat) hanya bagi 10 bulan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, anda akan dikenakan caj faedah 17%
  4.  
    • Bayaran balik tahunan minimum:5% daripada baki tertunggak atau RM50, mana-mana yang lebih tinggi. Ini bermakna setiap bulan anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM50 jika anda tidak menyelesaikan bayaran baki tertunggak kad anda tepat pada masanya.
  5.  
    • Pengeluaran tunai: Jika anda mengeluarkan tunai, anda perlu membayar fi 5% (atau RM20, mana-mana yang lebih tinggi) dan faedah 18% setahun atas jumlah pengeluaran

Pokoknya: Jangan hanya lihat kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit, tapi pastikan anda meneliti terma & syarat minimumnya juga. Hal ini mungkin membosankan, tapi ia sangat penting!

Sebelum anda memohon kad kredit, semak senarai perkara yang patut dibuat dan tak patut dibuat

BUAT kaji selidik anda terlebih dahulu

BUAT pastikan nisbah bayaran hutang (DSR) rendah
DSR ialah jumlah bayaran yang anda perlu buat untuk membayar kesemua hutang anda (pinjaman kereta, rumah, dll.) sebulan dibahagikan dengan pendapatan bulanan anda. Anda perlu cuba pastikan bayaran bulanan ini kurang daripada 30% pendapatan bulanan anda. Contohnya, jika pendapatan anda sebanyak RM2,000 sebulan, anda perlu cuba pastikan jumlah bayaran semua hutang dan pinjaman anda kurang daripada RM600 setiap bulan.

SEMAK laporan kredit anda terlebih dahulu
Anda boleh akses laporan kredit anda daripada CCRIS (Bank Negara) atau agensi penarafan kredit pihak ketiga seperti Maklumat Kredit CTOS atau RAM. Jika skor kredit anda rendah, kemungkinan besar permohonan anda tak akan diluluskan oleh bank.

SEMAKsyarat pendapatan minimum
Pertimbangkan sedalam-dalamnya sama ada anda mampu membayar caj dan fi kad yang dikenakan.

JANGAN mohon kad kredit jika anda belum ada pekerjaan tetap sepanjang 6 bulan yang lepas
Anda perlu tunjukkan kepada bank yang anda ada pendapatan yang stabil supaya bank tahu yang anda mampu bayar. Jika tidak, bank tak akan luluskan permohonan anda.

JANGAN mohon banyak kad kredit serentak
Bank akan tahu jika anda ada memohon kad kredit yang lain. Ini menunjukkan seolah-olah anda mungkin ada masalah kewangan. Jika ada permohonan anda yang ditolak, bank yang lain akan tahu juga dan kemungkinan besar akan turut menolak permohonan anda.

Gunakan kad kredit anda dengan bertanggungjawab

Di sini ada beberapa tip untuk mengelakkan risiko tertentu penggunaan kad kredit:

  •      Bayar lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan setiap bulan
  •      Jangan sekali-kali terlewat bayar
Apa patut anda buat jika anda perlukan bantuan tentang hutang kad kredit?

Jika anda sudah ada hutang kad kredit yang banyak dan kini susah untuk anda membayar jumlah minimum, sudah sampai masanya anda mendapatkan bantuan!

Jangan tunggu lama-lama, nanti akan jadi lebih rumit untuk selesaikan masalah kewangan anda. Layari laman web www.akpk.org.my dan tetapkan janji temu dengan kaunselor kewangan yang boleh membantu anda menyusun satu pelan pengurusan hutang.

Details
Published Date
08 Jan 2021
Source
MULTIPLY
Share

Related Quizzes

Discover other related quizzes