Merancang Belanjawan

Merancang Belanjawan

Guide

Ringkasan

1) Kenali diri

Sebelum anda mula merancang belanjawan anda, ambil sedikit masa untuk memerhatikan dan merekodkan pendapatan, perbelanjaan dan tabiat berbelanja anda sekarang.

Ambil perhatian tentang perkara berikut:

  • Aset – benda bernilai yang anda miliki seperti kereta, motosikal, komputer, dan lain-lain.
  • Liabiliti – apa yang anda berhutang kepada orang lain, contohnya pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, bil yang belum dibayar, dan lain-lain.

2) Tetapkan keutamaan anda (keperluan & kehendak)

Bezakan antara apa yang anda perlu dan apa yang anda mahu. Keperluan anda tentulah lebih penting daripada kehendak anda. Kenal pasti 3 matlamat anda yang paling utama, contohnya perancangan persaraan, duit muka untuk membeli rumah dan simpanan kecemasan.

3) Rancang belanjawan anda

Lihat perbelanjaan semasa anda dan cuba fikirkan bagaimana anda boleh berjimat serta kenal pasti item yang sebenarnya tidak diperlukan. Pada masa yang sama, kenal pasti perbelanjaan apa yang perlu diutamakan, seperti melangsaikan hutang kad kredit atau membeli insurans perubatan. 

 

MERANCANG BELANJAWAN
Langkah 1: Kenali diri

Gunakan aplikasi penjejak perbelanjaan atau satu buku nota ringkas untuk merekodkan semua perbelanjaan anda

Terdapat banyak aplikasi penjejak untk menjejak tabiat berbelanja andajadi pilihlah satu yang boleh memenuhi keperluan anda. Satu contoh aplikasi jejak yang berkesan dan mudah digunakan ialah Spendee

Cuba lakukan untuk seminggu, atau untuk hasil lebih baik, untuk sebulan. Anda mungkin terkejut apabila menyedari bagaimana sebenarnya anda berbelanja.

Lihat pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda

Setelah mengumpul semua maklumat tentang cara anda berbelanja, gunakan lembaran kerja kami untuk melihat bagaimana duit anda dihabiskan.

Jangan takut dengan hasil yang anda mungkin akan dapati.

PerkaraTip Belanjawan
PERBELANJAAN TETAP: 
SewaKalau perjanjian sewa rumah anda akan berakhir tak lama lagi, cuba rundingkan bayaran sewa yang lebih rendah untuk tempoh sewaan yang seterusnya, atau cuba cari rumah/bilik sewa yang lebih murah.
Bil utilitiTip mudah untuk menjimatkan bil utiliti termasuklah menggunakan mentol cekap tenaga , memasang penyaman udara pada suhu yang lebih tinggi (contohnya 25°C ) dan juga mandi dengan lebih cepat.
MakananKurangkan makan di luar untuk menjimatkan perbelanjaan. Adakah anda perlu makan tengahari di luar setiap hari atau mungkin kadang-kadang anda boleh bawa bekal dari rumah?

Pembayaran hutang dengan faedah tinggi

 

(Hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit, pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi) 

Disebabkan oleh kadar faedah yang tinggi, lebih baik anda bayar hutang-hutang ini secepat mungkin untuk mengelakkan penalti lewat bayar dan untuk mengawal jumlah hutang anda.

 

 

Membayar hutang yang dikenakan faedah yang tinggi boleh menjimatkan pembayaran kira-kira 18% faedah setiap tahun, jadi setiap ringgit yang anda bayar ibarat pelaburan yang menjamin pulangan tinggi!

Bayaran balik pinjaman yang lain

 

(Contoh: pinjaman rumah, pinjaman kereta)

Jangan buat bayaran lewat untuk elakkan dikenakan caj penalti atau fi pembayaran lewat.
PERBELANJAAN BIASA: 

Pengangkutan harian

 

(Duit petrol, parkir, tol)

Gunakan pengangkutan awam. Kalau anda memang perlu memandu, keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jimatkan kos petrol.
Telefon & InternetAdakah anda menggunakan telefon & pakej internet yang berpadanan dengan keperluan anda? Satu pelan telefon prabayar mungkin lebih murah daripada satu pelan telefon pascabayar. Tinjau-tinjaulah sama ada terdapat tawaran istimewa.

Kos berkaitan rumah

 

(contohnya fi perkhidmatan untuk apartmen, kos membaiki rumah, dan sebagainya)

Cuba baiki sendiri masalah kerosakan di rumah atau minta bantuan keluarga dan kawan-kawan supaya anda tidak perlu mengupah seseorang untuk melakukannya.
PakaianSentiasa cari tawaran murah yang terbaik dan kalau boleh, beli pakaian semasa jualan murah.

Perbelanjaan lain

 

(Contohnya insurans, keahlian gimnasium, kursus dan sebagainya)

Aktiviti tertentu seperti bersenam dan mempelajari kemahiran baru boleh dilakukan dengan percuma, contohnya dengan menonton video dan membaca artikel di internet.
PERBELANJAAN BERKAITAN PENDAPATAN: 
Cukai ke atas pendapatan lainJika anda mempunyai pendapatan sampingan selain daripada gaji anda, pastikan anda mengisytiharkan pendapatan ini dan membayar cukai sepenuhnya setiap tahun bagi mengelakkan dikenakan penalti pada tahun-tahun akan datang.
Langkah 2: Tetapkan keutamaan anda (keperluan & kehendak)
 Jangka PendekJangka Panjang
Keperluan (Apa yang diperlukan)

Makanan yang dimasak di rumah

Sewa mampu bayar

Barang dapur mampu bayar

Dana kecemasan

Pakaian asas

Utiliti asas

Langganan telefon asas

Telefon bimbit asas

Persaraan

 

Pendidikan awam 

Perumahan asas 

Insurans nyawa (jika anda mempunyai tanggungan)

Kereta/motosikal asas

Insurans perubatan asas

Perkakas rumah asas

Kehendak (Tambahan kepada keperluan)

Netflix

 

Telefon pintar terkini

Kopi Starbucks

Percutian keluarga

Rokok

Jam mahal

Baju mahal

Makanan di restoran

Penyaman udara 

Percutian 

Kereta/motosikal premium

Rumah mewah

Perabot mahal

Pendidikan swasta

Rawatan Perubatan Swasta 

Insurans perubatan kelas tinggi

Buat keputusan tentang beberapa keutamaan belanjawan anda bulan depan. Gunakan rajah di bawah untuk membantu anda mengenal pasti keutamaan jangka pendek dan jangka panjang anda.

Budget quadrants

  • Sukuan Belanjawan

Keperluan anda ialah perkara penting untuk membolehkan anda meneruskan kehidupan harian anda. Ini merupakan item yang anda perlukan untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya. 

  • Kehendak (Tambahan kepada keperluan)

Kehendak ialah item yang anda ingin beli untuk kepuasan diri atau untuk kemudahan anda. Contohnya makanan yang dimasak di rumah ialah satu keperluan, tapi makan di restoran ialah satu kehendak, kerana anda tak semestinya perlu makan di luar. Ia hanyalah kehendak atau keinginan anda. Memandu boleh menjadi satu keperluan jika tiada pilihan lain, tapi selalunya ia juga satu kehendak kerana anda tak suka menaiki pengangkutan awam.

  • Jangka Pendek

Pertimbangkan item yang memerlukan perbelanjaan untuk minggu-minggu atau bulan-bulan seterusnya.

  • Jangka Panjang

Item jangka panjang ialah pembelian yang akan anda gunakan untuk beberapa dekad yang akan datang.

Dengan memikirkan tentang apa yang anda perlukan untuk jangka pendek dan jangka panjang, anda akan lebih peka tentang berapa banyak wang yang perlu anda simpan untuk masa depan anda.

Kami telah menyenaraikan beberapa contoh dalam setiap bahagian sukuan untuk membantu anda memulakan proses ini, sila buat pindaan mengikut situasi anda sendiri.

Langkah 3: Rancang belanjawan anda

Setelah anda mengenal pasti keperluan dan kehendak jangka pendek dan jangka panjang anda, sila lihat lembaran kerja anda dan kaji bagaimana keadaan belanjawan anda setelah anda memotong perbelanjaan yang tidak perlu dan memasukkan perbelanjaan yang perlu.

Contohnya, anda mungkin tak mahu lagi memandu kereta ke tempat kerja, jadi anda boleh kurangkan kos petrol dalam lembaran kerja anda. Mungkin anda ingin langsaikan semua hutang kad kredit anda terlebih dahulu, jadi anda peruntukkan jumlah yang tinggi dalam lembaran kerja anda untuk tujuan itu. Pertimbangkan semula langganan anda seperti Netflix dan Spotify – adakah anda benar-benar perlukannya? Mungkin anda boleh cuba tukar kepada sebuah pelan keluarga dan kongsi fi langganan itu dengan orang lain supaya kos bagi item ini dapat dikurangkan.

Di sini ada beberapa panduan untuk membantu anda dalam proses ini:

  • Utamakan membayar hutang kad kredit dahulu

Kita tak perlu bercakap lagi tentang simpanan atau bayaran bil kalau anda masih ada hutang Kad kredit yang belum dibayar. Kadar faedah kad kredit amat tinggi, dan anda mungkin terpaksa bayar 1/3 ke 3 kali ganda kos sesuatu jika anda membiarkannya tak berbayar untuk beberapa tahun. Cubalah langsaikan hutang ini secepat mungkin!

  • Selesaikan apa-apa hutang tertunggak daripada pinjaman lain

Membuat bayaran untuk semua komitmen yang lain akan membantu anda mengekalkan cskor kredit, yang baik, dan ini akan mengurangkan kos faedah anda. Langsaikan semua pinjaman ini beransur-ansur supaya anda akan ada duit lebih untuk disimpan setiap bulan.

  • Sasarkan untuk mempunyai simpanan kecemasan sejumlah 6 bulan gaji anda  

Jangan lupa bahawa tiada apa yang pasti dalam hidup ini. Pada bila-bila masa saja, anda boleh kehilangan pekerjaan, jatuh sakit dan tidak mampu bekerja. Mungkin juga terdapat keperluan yang timbul secara tiba-tiba untuk membaiki rumah atau kereta anda.

Cara terbaik untuk mengumpul satu dana kecemasan ialah dengan membuka satu akaun bank berasingan dan memindahkan sebahagian daripada gaji bulanan anda ke dalam akaun tersebut secara automatik sebagai simpanan kecemasan anda. Anda tak perlu letakkan jumlah yang banyak di sini, tapi anda patut asingkan akaun ini daripada wang simpanan anda yang lain, dan jangan sentuh duit ini!

Kita akan berasa sangat lega dan selamat dengan adanya dana kecemasan yang semakin bertambah jumlahnya.

  • Menyimpanlah sebanyak yang mungkin untuk persaraan anda and pastikan anda melabur dalam produk yang selamat dan kalis inflasi

Anda disarankan membuat caruman sukarela ke dalam KWSP ika dana anda sudah cukup untuk menampung perbelanjaan kecemasan dan keperluan jangka pendek yang lain. Kenapa? Sebab KWSP menjamin pulangan minimum dan pelaburannya dipelbagaikan. Pulangannya yang memuaskan dapat membantu memastikan bahawa inflasi tidak akan mengurangkan nilai wang anda dalam jangka panjang!

Jika anda ingin melabur dalam produk pelaburan yang lain, berurusanlah dengan orang yang anda percayai, dan sentiasa buat kajian anda sendiri. Untuk pelajari lebih lanjut tentang pelaburan, klik di sini.

  • Hadkan 10% daripada gaji anda untuk kehendak dan kemahuan anda

Untuk membantu anda, tetapkan satu had maksimum untuk perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan. Dengan cara ini, anda masih dapat berbelanja untuk keseronokan diri tapi masih dapat berbangga kerana anda berjaya mengawal perbelanjaan anda.

  • Pastikan anda ada insurans nyawa jika anda mempunyai tanggungan

Anda tak perlukan insurans nyawa jika anda tak ada tanggungan yang bergantung kepada pendapatan anda. Jika apa-apa berlaku kepada anda, polisi insurans itu akan memastikan bahawa keluarga anda dilindungi dengan suatu jumlah pembayaran yang akan membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan anda. 

Tip Berguna

Akhir sekali: Tip umum untuk pengurusan kewangan

  • Kendalikan situasi kewangan anda sendiri dan anda harus yakin bahawa anda boleh memperbaikinya. Ingatlah ANDA yang mengawal keadaan, jadi jangan biarkan situasi kewangan anda ditentukan oleh faktor-faktor luaran.
  • Menyimpan setiap bulan walaupun sedikit. Serendah mana pun gaji anda, tentu ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dipotong. Ini membolehkan anda menyimpan duit dan duit simpanan boleh memberi sedikit kelegaan pada waktu kita dalam kesusahan.
  • Untuk mengurangkan perbelanjaan anda, cuba korbankan sikit beberapa kehendak anda. Selama ini anda mungkin tak sedar berapa banyak anda boleh jimat kalau tak beli kopi Starbucks atau Teh Tarik setiap hari!
  • Sasarkan untuk bebas hutang. Hutang sebenarnya menyekat kebebasan kita. Hutang kad kredit, terutamanya, sangat berbahaya dan mesti dielakkan sehabis boleh.

Tiada jalan pintas untuk keluar daripada kesempitan kewangan, tapi proses menguruskan kewangan dengan mengenal pasti dan memotong perbelanjaan tertentu, melangsaikan hutang, dan menyimpan wang untuk masa depan akan menjadi sesuatu yang berharga buat diri kita, walaupun terpaksa mengharungi situasi kewangan yang buruk . Yang penting, anda perlu mengambil langkah pertama dan pergi ke tempat yang betul untuk mendapatkan bantuan.

  • Rancang untuk langsaikan semua pinjaman terutamanya pinjaman rumah, sebelum anda bersara! Lebih mudah untuk melangsaikan pinjaman rumah terlebih dahulu berbanding melaburkan wang anda dan melangsaikan pinjaman rumah kemudian.

(Perakuan: Beberapa bahagian isi kandungan ini diinspirasikan oleh nasihat daripada Suze Orman.) 

Lembaran kerja

Cuba isi lembaran kerja ini untuk melihat bagaimana wang anda dibelanjakan. Buat keputusan tentang item mana yang boleh dikurangkan perbelanjaannya.

Langkah 1: Mula-mula, kita lihat berapa pendapatan anda setiap bulan

Muat turun templat di sini.

Isikan maklumat tentang pendapatan anda di bawah:

PENDAPATANJUMLAH (RM)

Pendapatan bawa pulang

 

(Jumlah gaji yang anda terima selepas potongan cukai, KWSP, EIS, & SOCSO)

 

Pendapatan lain

 

(Jumlah gaji yang anda terima selepas potongan cukai, KWSP, EIS, & SOCSO)

 
Tolak: 
Cukai atas pendapatan lain (jika terpakai) 
Pendapatan bersih  


Langkah 2: Lihat perbelanjaan anda

Jika anda ada menggunakan aplikasi untuk menjejak perbelanjaan anda, anda boleh masukkan maklumat daripada aplikasi tersebut ke sini. Jika tidak, isi saja maklumat yang anda tahu.

PERBELANJAANJUMLAH (RM)
PERBELANJAAN TETAP: 
Sewa  

Pembayaran hutang dengan faedah tinggi

 

(Hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit, pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi) 

 

Bayaran balik pinjaman yang lain

 

(Contoh: pinjaman rumah, pinjaman kereta)

 
Insurans 
PERBELANJAAN BIASA: 
Bil utiliti 
Barangan dapur 

Perbelanjaan lain untuk makanan

 

(e.g. makanan bungkus, snek, kopi, makan di restoran, dansebagainya)

 

Pengangkutan harian

 

(Duit petrol, parkir, tol)

 
Telefon & Internet 

Kos berkaitan rumah

 

(contohnya fi perkhidmatan untuk apartmen, kos membaiki rumah, dan sebagainya)

 
Pakaian 

Perbelanjaan lain

 

(Contohnya gimnasium, kursus, langganan penstriman TV, dan lain-lain) 

 
JUMLAH PERBELANJAAN: 


Langkah 3: Bandingkan pendapatan bersih anda dengan jumlah perbelanjaan anda

Adakah jumlah perbelanjaan anda lebih daripada pendapatan bersih anda?

Jika jawapannya ya, anda mungkin sudah mula terjerumus dalam kancah hutang. Cari jalan untuk kurangkan ‘kehendak’ anda’.

Jika jawapannya tidak, maknanya anda mampu menyimpan sedikit wang setiap bulan. Fikirkan tujuan simpanan anda untuk jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, baca semula Langkah 2 & 3 Merancang Belanjawan dan baca artikel kami yang lain tentang simpanan dan pelaburan!
 

Details
Published Date
09 Jan 2021
Source
MULTIPLY
Share

Related Quizzes

Discover other related quizzes