Pemarkahan Kredit
Tahukah anda hanya 40% rakyat Malaysia mempunyai kepercayaan kredit atau layak dibenarkan meminjam wang?Salah satu sebabnya ialah kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan membina dan mengekalkan profil kredit yang baik.
Apabila anda memohon pinjaman bank, bank perlu memutuskan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda atau tidak. Selain daripada melihat pendapatan dan pinjaman anda yang sedia ada, biasanya bank akan menggunakan markah kredit anda untuk menentukan sama ada anda layak diberikan pinjaman ataupun tidak.
- Ringkasan
Tahukah anda hanya 40% rakyat Malaysia mempunyai kepercayaan kredit atau layak dibenarkan meminjam wang?Salah satu sebabnya ialah kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan membina dan mengekalkan profil kredit yang baik.
Apabila anda memohon pinjaman bank, bank perlu memutuskan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda atau tidak. Selain daripada melihat pendapatan dan pinjaman anda yang sedia ada, biasanya bank akan menggunakan markah kredit anda untuk menentukan sama ada anda layak diberikan pinjaman ataupun tidak.
JOM SELAMI LAGI TOPIK NI...
- Apakah skor kredit
Apa yang dimaksudkan dengan pemarkahan kredit?
Pemarkahan kredit ialah satu proses pemberian markah kepada seseorang yang mencerminkan kepercayaan kreditnya — iaitu, kebarangkalian anda akan membayar pinjaman atau kredit anda tepat pada masanya. Semakin tinggi markah kredit anda, semakin tinggi peluang untuk permohonan pinjaman atau kredit anda diluluskan. Markah kredit dalam julat yang lebih tinggi juga boleh memberi anda kadar faedah yang lebih rendah.
- Apakah laporan kredit?
Laporan kredit boleh dianggap sebagai kad laporan tentang bagaimana anda menguruskan kewangan anda. Ia merupakan satu dokumen neutral yang mengandungi maklumat tentang baik buruk amalan kewangan anda . Laporan kredit akan menyenaraikan maklumat seperti markah kredit anda, butiran pengesahan identiti, pegangan jawatan pengarah dan kepentingan dalam perniagaan, rekod alamat, sejarah pembayaran perbankan (ringkasan dan butiran CCRIS), pengeluaran cek tendang, kes undang-undang dan lain-lain.
Anda akan dapat melihat butiran tentang setiap pinjaman dan kemudahan kredit yang anda ambil, berapa baki bayaran belum jelas untuk setiap akaun, dan sebarang pembayaran yang tidak dilunaskan. Jadi, laporan kredit memang berguna untuk memantau kesihatan kredit anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengenalpasti dengan cepat perkara yang perlu anda perbaiki dan kesilapan yang anda lakukan.
Ia juga boleh melihat kemungkinan sama ada anda merupakan mangsa pencurian identiti. Sebagai contoh, anda mungkin mendapati ada butiran tentang permohonan kredit yang tak pernah anda buat atau terdapat maklumat yang salah tentang diri anda. Butiran begini boleh menjadi tanda amaran bahawa maklumat peribadi anda mungkin telah jatuh ke tangan yang salah. Dalam hal seperti ini, siasatan lanjut perlu dilakukan.
Siapa yang mengeluarkan laporan ini dan bagaimana mereka memperoleh maklumat tentang saya?
CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) ialah sebuah badan yang telah diwujudkan oleh BNM. Ia mengumpulkan maklumat kredit mengenai individu, kemudian memasukkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Agensi pelaporan kredit seperti CTOS kemudiannya mengeluarkan laporan kredit berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada CCRIS.Institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans, pembekal kad kredit, syarikat pemajakan, malah PTPTN akan menyerahkan data berkaitan kredit kepada CCRISCCRIS akan menyimpan data ini dan mengeluarkan laporan kredit. Agensi pelaporan kredit boleh mendapat akses kepada maklumat CCRIS ini (dengan kebenaran daripada pelanggan yang ingin membeli laporan kredit) untuk mengeluarkan laporan kredit dan markah kredit pelanggan itu sendiri.
Sesetengah agensi pelaporan kredit turut mengumpul maklumat daripada sumber awam yang lain termasuk: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pendaftar Pertubuhan, penerbitan tindakan undang-undang dan notis dalam akhbar serta warta kerajaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Malaysia, dan Rujukan Perdagangan yang mengandungi maklumat berkenaan sejarah pembayaran lampau antara sesebuah syarikat dan seseorang pelanggan (contohnya langganan telefon mudah alih anda) .
Anda boleh lihat senarai lengkap institusi kewangan yang menghantar data kredit kepada CCRIS di sini:
- Apakah jenis laporan kredit yang ada?
Agensi pelaporan kredit yang berlainan akan mengeluarkan laporan kredit yang mengandungi maklumat yang berbeza-beza. Secara umum, berikut adalah beberapa jenis laporan kredit yang boleh didapati:
- Laporan kredit asas boleh didapati di cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) atau secara atas talian melalui eCCRIS secara percuma. Ia akan menyenaraikan semua pinjaman tertunggak atas nama anda dan menyatakan sama ada mana-mana pinjaman ini berada di bawah pengawasan rapi institusi kewangan yang berkaitan (dikenali sebagai ‘Akaun Perhatian Khas’). Ia juga mengandungi maklumat tentang sebarang permohonan pinjaman yang anda buat dalam tempoh 12 bulan sebelum ini.
- Sesetengah agensi penarafan kredit juga menyediakan laporan kredit asas secara percumayang mengandungi maklumat seperti butiran pengesahan identiti, pegangan jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan, pengeluaran cek tendang, senarai perujuk perdagangan dan maklumat litigasi. Anda boleh mendapit laporan kredit secara percuma dari agensi pelaporan kredit seperti CTOSdi sini.
- Sebagai alternatif, anda boleh membuat bayaran untuk mendapatkan satu laporan kredit lengkap dan menyeluruh yang mengandungi maklumat terperincidaripada kedua-dua poin 1 & 2. Selain itu, mereka juga boleh memberi anda ‘markah kredit’ yang mencerminkan kepercayaan kredit anda.
- Laporan kredit asas boleh didapati di cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) atau secara atas talian melalui eCCRIS secara percuma. Ia akan menyenaraikan semua pinjaman tertunggak atas nama anda dan menyatakan sama ada mana-mana pinjaman ini berada di bawah pengawasan rapi institusi kewangan yang berkaitan (dikenali sebagai ‘Akaun Perhatian Khas’). Ia juga mengandungi maklumat tentang sebarang permohonan pinjaman yang anda buat dalam tempoh 12 bulan sebelum ini.
- Apa yang menentukan markah kredit saya?
Markah kredit anda ditentukan oleh beberapa faktor, seperti sejarah pembayaran anda, jumlah hutang belum dijelaskan, tempoh sejarah kredit, campuran kredit dan kredit baharu.
Secara ringkas, tingkah laku kewangan yang baik dan bertanggungjawab seperti membayar balik pinjaman bulanan dan membayar bil-bil anda tepat pada masanya akan memberi anda markah yang lebih baik.
Setiap agensi pelaporan kredit mempunyai kaedah yang berbeza untuk mengira markah kredit anda. Sebagai contoh, berikut adalah pecahan bagaimana CTOS mengira markah kredit anda:
Sumber: CTOS
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan 5 faktor ini di sini.
PESANAN BERGUNA
- Apa cara untuk saya tingkatkan markah kredit saya?
Ada beberapa cara, seperti berikut:
- Bina sejarah kredit:Anda boleh pertimbangkan mengambil kad kredit supaya anda dapat menunjukkan sejarah pembayaran balik yang baik dan kadar penggunaan yang rendah. Walaupun anda hanya menggunakan RM30 sebulan, ia dapat membantu anda membina satu rekod prestasi.
- Bayar semua bil anda dan buat bayaran balik tepat pada masanya, atau lebih awal: Ini termasuk langganan pascabayar telefon mudah alih anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai tunggakan lebih daripada RM150 dengan syarikat telefon anda selama lebih daripada 6 bulan, mereka boleh mengeluarkan "rujukan perdagangan" yang menunjukkan jumlah tunggakan anda.
- Buat bayaran sebanyak yang boleh: Bayar seberapa banyak yang anda boleh jika anda benar-benar tak mampu langsaikan jumlah penuh tunggakan. Kurangkan perbelanjaan anda supaya anda boleh membayar lebih banyak pada bulan hadapan.
- Pohon kad kredit atau pinjaman baharu hanya jika anda betul-betul memerlukannya need them: Getting a credit card with a low credit limit would prevent your spending from getting out of control.
- Jangan gunakan kad kredit anda sehingga mencapai had maksimum yang dibenarkan:Semakin tinggi tunggakan kredit berbanding dengan had kredit anda, semakin rendah markah kredit anda. Secara am, jika jumlah pembayaran bulanan hutang anda melebihi 60% daripada pendapatan bulanan anda, permohonan pinjaman anda pada masa hadapan mungkin sukar untuk diluluskan.
- Apa yang saya perlu elak jika saya ingin meningkatkan markah kredit saya?
- Bayaran Lewat:Jika anda kerap terlepas pembayaran, markah kredit anda mungkin akan menurun.sTerlepas pembayaran
- Membuat permohonan kad kredit atau pinjaman yang banyak serentak:Perbuatan ini mungkin menunjukkan bahawa anda sekadar membuat perbandingan, tetapi ia juga boleh memberi gambaran bahawa anda terdesak untuk mendapatkan dana atau dibebani terlalu banyak hutang.
- Menandatangani pinjaman bersama:Jika orang yang menandatangani pinjaman bersama dengan anda gagal membuat pembayaran balik mereka, markah kredit anda mungkin akan turut terjejas.
- Menghabiskan had kredit anda:Jika had kredit anda ialah RM10,000, seboleh-bolehnya jangan gu
- Bagaimana saya boleh memahami laporan kredit saya?
Secara am, berikut adalah beberapa bahagian dari laporan kredit yang anda perlu tahu:
- Kredit tertunggak: Menyenaraikan baki kad kredit anda, baki pinjaman dan lain-lain jumlah kredit tertunggak setiap bulan. Bagi setiap bulan, satu nombor akan tertera untuk menunjukkan tempoh tunggakan bayaran anda. Sebagai contoh, jika ada ‘2’ di bawah bulan Jun, ini bermakna anda telah terlepas membuat bayaran untuk bulan April dan Mei.
Bahagian ini akan turut menunjukkan had kredit anda supaya bank anda boleh membandingkan berapa had yang telah anda gunakan. Sehingga 24 bulan selepas anda selesai membayar hutang, maklumat hutang tertunggak akan dikeluarkan secara automatik daripada laporan kredit anda. - Akaun perhatian khas: Menyenaraikan pembekal kewangan yang sedang meneliti akaun anda kerana mereka merancang untuk mendapatkan kembali bayaran yang tidak dibuat, atau kerana hutang anda telah disusun semula.
- Permohonan kredit: Menunjukkan kredit yang anda pohon dalam tempoh 12 bulan yang lepas dan sama ada permohonan anda telah diterima atau ditolak.
- Kepentingan perniagaan dan pegangan jawatan pengarah:Menyenaraikan jika anda seorang pengarah dalam syarikat, seorang penjamin untuk pinjaman yang dibuat oleh syarikat anda, atau anda memiliki sebahagian daripada syarikat yang mempunyai hutang yang belum dijelaskan.
- Rujukan perdagangan: Menunjukkan jumlah hutang anda kepada pembekal (contohnya pembekal Internet). Sebagai contoh, jika anda tidak membuat bayaran RM150 untuk langganan pascabayar telefon mudah alih anda selama lebih daripada 6 bulan, satu rujukan perdagangan mungkin akan dimasukkan ke dalam laporan anda.
- Cek tendang:Menunjukkan sebarang cek anda yang telah ditendang. Anda sepatutnya boleh memasukkan komen untuk memberi alasan atau sebab: contohnya akaun telah ditutup.
- Kes undang-undang:Menyenaraikan sebarang kes undang-undang yang anda ada, sama ada kes yang anda mulakan atau kes yang dimulakan terhadap anda.
Berikut ialah contoh ringkasan laporan kredit CTOS.
Click here to download the PDF
Source: ctoscredit.com.my
Klik di sini untuk contoh laporan kredit penuh.
Masih perlukan maklumat tambahan? Sila layari laman web agensi pelaporan kredit yang berkaitan (CCRIS , CTOS atau agensi lain) untuk maklumat lanjut tentang bahagian-bahagian ini dalam laporan kredit.
- Kredit tertunggak: Menyenaraikan baki kad kredit anda, baki pinjaman dan lain-lain jumlah kredit tertunggak setiap bulan. Bagi setiap bulan, satu nombor akan tertera untuk menunjukkan tempoh tunggakan bayaran anda. Sebagai contoh, jika ada ‘2’ di bawah bulan Jun, ini bermakna anda telah terlepas membuat bayaran untuk bulan April dan Mei.
- Apa yang perlu saya lakukan jika maklumat dalam laporan kredit saya salah?
Jika terdapat kesalahan dalam laporan kredit anda, hubungi agensi pelaporan kredit yang berkaitan. Mereka akan mengesahkan terlebih dahulu sama ada maklumat tersebut adalah salah dan jika ya, mereka akan memberi panduan kepada anda tentang tindakan seterusnya yang boleh diambil.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Siapa yang boleh melihat laporan kredit saya?
Institusi kewangan (contohnya bank) yang membuat penilaian terhadap permohonan pinjaman/kredit anda dan agensi pelaporan kredit mungkin boleh melihat laporan kredit anda, tetapi hanya dengan persetujuan anda.
Hanya anda yang mempunyai akses kepada laporan kredit anda. Individu lain, contohnya ahli keluarga atau pasangan anda, tidak boleh mendapat akses kepada laporan anda.
- Bolehkah saya meminta supaya maklumat dikeluarkan daripada laporan kredit saya?
Hanya maklumat yang salah atau ketinggalan zaman boleh dikeluarkan daripada laporan kredit anda. Jika sesuatu maklumat negatif adalah betul secara fakta, ia tak boleh dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, jika terdapat ketidakpastian undang-undang mengenai sesuatu maklumat, anda boleh membuat permintaan supaya ia dikeluarkan. Sebagai contoh, jika anda menjadi mangsa pencurian identiti dan seseorang telah memohon pinjaman dengan cara menipu dan menggunakan nama anda. Dalam kes ini, anda harus membuat laporan polis dan menyerahkan salinan laporan ini kepada agensi pelaporan kredit. Agensi kredit tersebut akan menilaikan sama ada mereka akan membuang maklumat tersebut atau tidak.
- Jika saya mempunyai markah kredit yang tidak baik, adakah ini bermakna pinjaman saya tidak akan diluluskan?
Tak semestinya. Jumlah pinjaman yang diluluskan mungkin akan lebih rendahatau kadar faedah yang ditawarkan kepada anda mungkin akan lebih tinggi. Setiap institusi kewangan mempunyai kriteria tersendiri dan mereka akan menggunakan maklumat dalam laporan kredit dengan cara masing-masing.
Penting untuk diketahui: Salah faham yang sering terjadi ialah anggapan bahawa agensi pelaporan kredit akan menyenaraihitamkan individu, atau memberikan pendapat negatif. Sebaliknya, agensi pelaporan kredit adalah neutral kerana mereka mengira markah kredit anda berdasarkan sejarah kewangan anda semata-mata, termasuk yang baik dan juga yang buruk. Setiap institusi kewangan kemudian boleh mentafsir dan menggunakan maklumat kredit anda dengan cara mereka sendiri, selaras dengan dasar syarikat mereka.
Related Quizzes