Insurans Perubatan

Insurans Perubatan

Dalam kehidupan ini, akan tiba satu masa apabila kita perlu menjalani prosedur perubatan. Hutang perubatan boleh menjadi satu beban yang berat kepada kita dan keluarga kita. Pada tahun 2016, 14.3% daripada peserta program pengurusan hutang anjuran AKPK terdiri daripada mereka yang gagal membayar hutang perubatan. Macam mana cara untuk anda mendapatkan perlindungan dan mengelakkan perkara ini daripada terjadi kepada anda?

Jawapannya ialah insurans perubatan! Ia dapat menampung kos rawatan perubatan yang kita mungkin tak akan mampu nak bayar sendiri. Dengan pelbagai pilihan produk yang ada sekarang, anda tentu boleh dapatkan polisi insurans yang mampu milik dan dapat memenuhi keperluan anda.
 

Ringkasan

INSURANS PERUBATAN
Apakah insurans perubatan?

Secara am, polisi insurans perubatan direka untuk menampung kos rawatan perubatan seperti kos kemasukan ke hospital dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, sekiranya anda didiagnosis dengan apa-apa penyakit ataupun memerlukan rawatan akibat kemalangan.

The coverage (what the insurance company will pay for) is provided by a licensed insurance company, and anda perlu membayar premium kepada syarikat insurans tersebut untuk mendapatkan perlindungan ini. Anda boleh beli polisi insurans perubatan daripada ejen atau broker insurans, atau secara dalam talian.

Kenapa ia penting?

Rawatan perubatan boleh menelan belanja yang sangat besar dan jika anda ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta (manfaatnya yang paling utama ialah masa menunggu yang lebih pendek), anda perlu membayar wang dalam jumlah yang banyak.

Walaupun sistem penjagaan kesihatan awam dibiayai oleh Kerajaan dan boleh didapati pada kos yang lebih rendah, terdapat jenis rawatan atau pembedahan tertentu yang tidak ditanggung sepenuhnya oleh sistem penjagaan kesihatan awam kita.

Jadi, kalau anda tak mempunyai apa-apa insurans kesihatan, tak mustahil anda akan menanggung hutang perubatan yang tinggi jumlahnya,, tanpa melihat jalan keluar macam mana nak melangsaikannya.

Nota: Sesetengah orang mendapat perlindungan insurans melalui pelan berkumpulan di tempat kerja. Anda patut dapatkan segala butiran lengkap tentang polisi insurans di tempat kerja anda dan semak terma yang menjelaskan tentang:

  • apa yang akan terjadi kepada polisi insurans itu kalau anda berhenti kerja
  • had tahunan di bawah polisi insurans itu
  • peluang untuk anda menggunakan skim insurans peribadi bersama-sama dengan polisi insurans berkumpulan majikan anda

 

Bila saya patut mendapatkan insurans perubatan?

Lebih baik anda beli insurans perubatan semasa anda masih muda dan belum mempunyai apa-apa masalah perubatan. Syarikat insurans biasanya mengecualikan sebarang masalah perubatan sedia ada daripada perlindungan insurans atau mungkin akan mengenakan premium yang lebih tinggi kepada anda.

Secara am, anda patut mendapatkan insurans perubatan setelah mempunyai pekerjaan sepenuh masa dengan gaji bulanan yang tetap.

Apakah jenis insurans perubatan yang boleh didapati?

Terdapat empat jenis polisi insurans perubatan dan kesihatan:

  • Insurans kemasukan ke hospital dan pembedahan menampung kos kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan oleh penyakit yang termasuk dalam perlindungan di bawah polisi.
  • Insurans penyakit kritikal atau penyakit yang ditakuti menyediakan pembayaran manfaat sekaligus (satu kali bayar) apabila anda didiagnosis menghidap mana-mana daripada36 penyakit yang ditakuti atau penyakit kritikal.
  • Insurans pendapatan akibat hilang upaya menyediakan sumber pendapatan yang berterusan jika anda tak dapat bekerja lagi akibat sakit atau cedera, dalam jumlah peratusan tertentu daripada pendapatan anda sebelum anda hilang upaya.
  • Insurans pendapatan hospital membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan kalau anda perlu tinggal di hospital kerana menghidap penyakit, tidak sihat atau mengalami kecederaan. Ada had tahunan terhadap jumlah tuntutan yang boleh dibuat.

Syarikat insurans mungkin menawarkan anda produk-produk di atas secara berasingan atau gabungan. Pastikan anda berbincang dengan ejen atau broker insurans anda untuk mengetahui polisi atau gabungan mana yang paling sesuai untuk anda.

Apa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih polisi insurans perubatan?

Anda kena ambil tahu perkara yang dilindungi di bawah polisi anda,semua terma dan syaratnya, serta kos perlindungan insurans itu. Ada beberapa perkara penting yang anda perlu periksa apabila memilih polisi insurans:

Pengecualian

Ini merujuk kepada senarai masalah perubatan yang tidak dilindungi oleh polisi anda. Seelok-eloknya anda meneliti kontrak polisi untuk menyemak senarai penuh pengecualian dan perincian berkenaan setiap pengecualian. Beberapa pengecualian yang biasa kita lihat termasuk:

  • Masalah perubatan sedia ada
  • Penyakit-penyakit tertentu yang dikenal pasti
  • Tempoh kelayakan/menunggu

Had Perlindungan

Ini merujuk kepada jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada syarikat insurans.

Had seumur hidup merujuk kepada had perlindungan yang diberikan oleh polisi anda untuk keseluruhan hayat anda. Apabila had seumur hidup telah habis digunakan, kos perubatan yang selanjutnya tidak akan ditanggung lagi oleh syarikat insurans.

Sementara itu, had tahunan pula merujuk kepada jumlah yang anda boleh tuntut daripada polisi anda dalam tempoh setahun. Jika dalam setahun, ada perbelanjaan yang melebihi had tahunan ini, anda perlu tanggung kos itu sendiri. Berbeza dengan had seumur hidup, jumlah yang anda tuntut dalam tempoh satu tahun tidak akan menjejaskan had untuk tahun berikutnya.

Pembaharuan polisi anda

Terdapat polisi insurans dengan pembaharuan yang terjamin dan pembaharuan yang tidak terjamin. Untuk polisi pembaharuan yang tidak terjamin, syarikat insurans boleh menolak permohonan pembaharuan polisi anda (biasanya keputusan ini dibuat oleh syarikat insurans berdasarkan sejarah perubatan dan rekod tuntutan anda). Bergantung kepada sejarah perubatan anda pada masa itu, mungkin susah untuk anda membeli polisi yang baru kerana anda sudah mempunyai masalah perubatan sedia ada.

Bagi polisi dengan jaminan pembaharuan pula, syarikat insurans mungkin membuat keputusan untuk membenarkan anda memperbaharui polisi tapi dengan bayaran premium yang lebih tinggi. Namun, syarikat insurans perlulah memberi penjelasan tentang sebarang kenaikan premium atau keputusan mereka untuk tidak membenarkan anda memperbaharui polisi anda.

Berapa kos yang perlu dibayar?

Bagi polisi dengan jaminan pembaharuan pula, syarikat insurans mungkin membuat keputusan untuk membenarkan anda memperbaharui polisi tapi dengan bayaran premium yang lebih tinggi. Namun, syarikat insurans perlulah memberi penjelasan tentang sebarang kenaikan premium atau keputusan mereka untuk tidak membenarkan anda memperbaharui polisi anda.

  • Premium insurans
    Bayaran premium dikenakan sama ada secara bulanan atau tahunan oleh penyedia insurans anda untuk mengekalkan polisi anda. Jumlah yang anda bayar bergantung pada beberapa faktor seperti umur, masalah perubatan sebelum ini, sejarah perubatan keluarga, sama ada anda seorang perokok ataupun tidak, dan yang paling penting, tahap perlindungan polisi anda.

    Anda boleh dapatkan jadual premium sesebuah polisi insurans di dalam Lembaran Pendedahan Produknya (PDS).
     
  • Kos tambahan ketika rawatan/kemasukan ke hospital
    Selain daripada premium yang perlu dibayar, ada beberapa pelan insurans yang tidak melindungi anda sepenuhnya daripada segala kos. Jadi, mungkin ada kos lain yang terlibat apabila anda membuat tuntutan kepada penyedia insurans anda untuk perbelanjaan perubatan anda.

    Butiran tentang kos yang akan ditanggung bergantung pada polisi insurans anda. Di sini ada beberapa terma biasa yang perlu anda fahami:

    i) Deduktibel: Terma ini merujuk kepada jumlah yang perlu anda bayar sebelum penyedia insurans anda mula menanggung kos rawatan anda.

    ii) Bayaran Bersama : Ini merujuk kepada peratusan kos perubatan yang anda masih perlu bayar. Contohnya, polisi anda mungkin mempunyai terma bayaran bersama 20% dan bil rawatan anda mencecah RM1,000. Dalam kes ini, penyedia insurans anda akan membayar hanya RM800 daripada bil tersebut dan anda perlu membayar 20% yang selebihnya.

    Rasa macam bijak tak?

    Polisi anda mungkin ada kedua-dua deduktibel dan bayaran bersama. Sebagai contoh:

    Jumlah deduktibel: RM500
    Bayaran Bersama : 20%
    Bayaran bersama : RM5,000
    Perbelanjaan perubatan : RM500 + 20%*(RM5,000-RM500) = RM1,400
    Perbelanjaan anda : 80%*(RM5,000-RM500) = RM3,600
     
Macam mana nak pilih insurans perubatan yang paling sesuai untuk dibeli?

Memilih polisi insurans perubatan boleh buat kita pening kepala apabila ada terlalu banyak pilihan. Senarai ringkas di bawah dapat membantu anda memilih polisi insurans yang paling sesuai.

  • Ketahui jenis insurans yang anda cari
    • Bagaimana situasi semasa anda? Sekiranya anda berkeluarga dan ada tanggungan, mungkin anda perlukan perlindungan daripada penyakit kritikal atau perlindungan pendapatan akibat hilang upaya. Sebaliknya, jika anda masih belum berkahwin, mungkin anda boleh pertimbangkan mengambil perlindungan asas rawatan di hospital dan pembedahan saja.
  • Pilih pelan premium yang anda mampu bayar
    • Pastikan anda mampu membayar premium kerana kalau anda gagal membayar tepat pada masanya, ini akan menyebabkan insurans anda luput (atau dibatalkan), seterusnya akan menyebabkan anda hilang perlindungan.
    • Apabila anda masih muda, premium insurans anda juga masih rendah. Semakin anda meningkat dewasa, premium yang perlu dibayar akan turut meningkat.
  • Setakat yang anda mampu, pilihlah pelan yang mempunyai had tahunan dan had seumur hidup yang paling tinggi
  • Lihat nama hospital panelyang disenaraikan oleh penyedia insurans anda
    • Tuntutan insurans anda lebih mudah diproses jika anda pergi ke hospital panel.
    • Pastikan penyedia insurans anda mempunyai rangkaian hospital panel yang luas, termasuk hospital pilihan anda
  • Pilih pelan dengan struktur pembayaran yang selesa untuk anda
    • Pastikan pelan yang anda pilih mempunyai polisideduktibeldanbayaran bersamayang tidak terlalu membebankan anda
    • Jika anda tak selesa dengan syarat deduktibel dan bayaran bersama yang tinggi kalau anda jatuh sakit, pilih pelan yang mempunyai kos perbelanjaan sendiri yang lebih rendah.
    • Tapi ingat, ini mungkin bermaksud anda perlu bayar kos premium bulanan yang lebih tinggi (selalunya memanglah ada tukar ganti begini)
  • Untuk lebih selamat, beli polisi dengan jaminan pembaharuan
  • Periksa had bilik & penginapan hospital dalam polisi anda
    • Polisi insurans perubatan biasanya mengehadkan jumlah tuntutan untuk bilik dan penginapan anda semasa dirawat di hospital
    • Semakin tinggi had yang boleh dituntut untuk bilik dan penginapan, semakin tinggi premium anda. Jadi, pilihlah polisi yang sesuai dengan kemampuan anda
  • Periksa jaminan pembaharuan perlindungan diberi sehingga umur berapa
    • Polisi biasanya akan melindungi anda sehingga anda mencapai umur tertentu. Sebagai contoh, terdapat polisi insurans yang memberi perlindungan sehingga usia 80 tahun
    • Pastikan anda memilih polisi yang menawarkan tempoh perlindungan yang lebih lama supaya anda kekal terlindung walaupun sudah berusia kelak.
       
Perkara-perkara lain yang anda perlu tahu
  • Ambil tahu tentang prosedur membuat tuntutan
    Anda perlu sentiasa peka dengan prosedur tuntutan penyedia insurans anda. Semak dengan syarikat insurans sama ada rawatan tertentu dilindungi oleh polisi anda. Anda mungkin juga perlu meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan menandatangani borang tuntutan. Ada sesetengah hospital yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans anda supaya bil perubatan anda dibayar secara terus oleh mereka kepada pihak hospital.
     
  • Beri maklumat yang tepat apabila mengisi borang
    Ada risiko yang polisi anda akan ditamatkan atau dibatalkan jika penyedia insurans anda mendapati ada maklumat yang tidak tepat atau maklumat perubatan penting yang sengaja ditinggalkan (tidak didedahkan) semasa anda mula-mula memberi maklumat kepada pihak mereka.
     
  • Beli insurans anda daripada ejen atau broker insurans yang berlesen
    Anda boleh membeli polisi insurans perubatan melalui ejen atau broker insurans yang berlesen. Namun, pastikan anda buat kajian dahulu sebelum membuat keputusan. Jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diberi oleh ejen insurans kerana mereka sedang cuba menjual produk insurans kepada anda untuk mendapat komisen daripada penjualan itu.carefully before making a decision. Don’t just rely on the advice of the insurance agent as they are trying to sell a product to you and make a commision from it.

Baca artikel kami Nasihat Berguna untuk mendapatkan panduan lanjut.untuk bantuan dan panduan lanjut.

Sumber tambahan

Untuk membantu anda membandingkan polisi dan mengingati butiran yang penting, kami telah menyediakan satu pencontoh untuk anda isi semasa anda menjalankan kajian.

Syarikat insurans & Polisi

Syarikat insurans:

Polisi:

Syarikat insurans:

Polisi:

Syarikat insurans:

Polisi:

Sebut Harga Premium   
Tempoh Polisi   
Perlindungan   
Pengecualian yang dinyatakan   
‘Rider’ Pilihan   
Terma-terma lain   
Bagaimana untuk beli   

Muat turun di sini

 

Details
Published Date
22 Feb 2021
Source
MULTIPLY
Share

Related Articles

Discover other related articles