Pengenalan Kepada Takaful
Takaful ialah sejenis insurans yang berlandaskan Islam dan patuh Shariah. Produk Takaful terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Ia menawarkan faedah dan perlindungan yang serupa dengan insurans konvensional. Sejak lima tahun yang lalu, semakin ramai rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam produk Takaful. Baca lagi untuk memahami lebih lanjut tentang Takaful.
- Ringkasan
- Takaful ialah sejenis insurans patuh Shariah
Seperti insurans konvensional, terdapat dua jenis perlindungan Takaful:
i)Takaful Keluarga
ii) Takaful Am- Perbezaan utama antara insurans Takaful dan insurans konvensional ialah pendedahan kepada risiko, jenis pelaburan, dan benefisiari.
- Caruman bagi produk Takaful secara amnya serupa dengan insurans konvensional
- Pastikan anda mengambil bahagian dalam pelan Takaful yang ditawarkan oleh pengendali dan ejen Takaful yang berdaftar
JOM SELAMI LAGI TOPIK NI...
- Bagaimana Takaful berfungsi?
Berlandaskan prinsip Shariah, Takaful memberikan perlindungan kewangan jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada anda. Dalam sebuah Takaful, anda memasuki perjanjian (aqad) untuk menjadi salah seorang peserta bagi dana Takaful yang sama . Himpunan wang yang dicarum oleh para peserta dana dikongsi untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Sebuah dana Takaful ialah himpunan wang yang turut meliputi wang caruman yang anda bayar. Wang itulah yang akan digunakan untuk membayar tuntutan yang anda buat. Selalunya, wang yang ada dalam dana Takaful akan dilaburkan dalam dana pelaburan yang patuh Shariah.
Caruman
Caruman Takaful ialah wang yang anda bayar setiap bulan, setiap suku tahun atau setiap tahun kepada pengendali Takaful untuk sijil Takaful anda. Caruman yang anda buat akan menyumbang kepada dana Takaful sebagai sebahagian daripada caruman sukarela anda (Tabarru’).
Tuntutan
Tuntutan ialah permintaan yang anda buat secara rasmi kepada pengendali Takaful atau insurans untuk menanggung kos jika anda mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan yang dilindungi di bawah pelan anda. Pada penghujung tempoh perlindungan pelan Takaful anda, kalau anda atau peserta lain tidak membuat tuntutan, dan kalau masih ada wang lebihan di dalam dana setelah fi pengendali dibayar kepada pengendali Takaful anda, maka anda dan peserta lain akan menerima bayaran wang daripada dana tersebut.
Wang lebihan ini dikongsi selepas mengambil kira kemungkinan tuntutan pada masa hadapan dan keperluan lain. Bayaran akan diagihkan kepada peserta dana yang layak dan pengendali Takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dalam terma perjanjian sijil Takaful anda. Atas persetujuan peserta, Pengendali Takaful juga menerima sebahagian daripada wang lebihan ini sebagai ganjaran atas pencapaiannya atau prestasinya yang baik dalam menguruskan dana Takaful.
Perkongsian Risiko
Dalam sebuah sijil Takaful, risiko, iaitu kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku kepada anda[1]dikongsi oleh semua peserta dana. Jadi, apabila anda membuat tuntutan, bayaran untuk tuntutan itu dikongsi oleh anda dan peserta lain dalam dana Takaful tersebut. Kalau anda tak buat apa-apa tuntutan, anda mungkin akan menerima baki wang setelah fi dan tuntutan lain dibayar, dan jika dana ada menjana keuntungan. Keuntungan ini datang daripada pelaburan yang dibuat oleh dana, seperti yang disebut dalam bahagian pengenalan Bagaimana Takaful berfungsi?
Kadang-kadang, walaupun anda tak buat sebarang tuntutan, mungkin tak ada baki wang dalam dana untuk dibayar balik kepada anda, kerana ada peserta lain yang telah membuat tuntutan.
Bagi insurans konvensional, perjanjian polisi hanya melibatkan anda dan syarikat insurans anda saja. Risiko anda dipindahkan kepada syarikat insurans yang akan bertanggungjawab memberi anda perlindungan yang anda perlukan.
Apa perbezaan antara Takaful dan insurans konvensional?
Takaful
Insurans Konvensional
Risiko dikongsi oleh semua peserta dana takaful. Syarikat Takaful memainkan peranan sebagai “pengendali/pentadbir” dan mengenakan fi pengendali.
Risiko dipindahkan daripada anda kepada syarikat insurans.
Dana hanya dilaburkan dalam pelaburan yang patuh Shariah sahaja. Instrumen yang berasaskan riba (faedah) tidak dibenarkan (haram).
Pelaburan bergantung kepada syarikat insurans dan mungkin mengandungi unsur faedah, ketidakpastian dan risiko.Pelaburan bergantung kepada syarikat insurans dan mungkin mengandungi unsur faedah, ketidakpastian dan risiko.
Takaful dimantau oleh jawatan kuasa Shariah.Pengendalian Takaful diselia oleh sebuah Jawatankuasa Shariah.
Pengawasan kepatuhan Shariah tidak diperlukan
Kalau tiada tuntutan, keuntungan atau lebihan daripada dana boleh diagihkan balik kepada anda dalam bentuk perkongsian lebihan.
Sekiranya tiada tuntutan, lebihan atau keuntungan dana insurans menjadi milik syarikat insurans.*
Rasa macam bijak tak?
*Ini terpakai untuk kebanyakan polisi insurans konvensional. Sebenarnya terdapat dua jenis polisi insurans konvensional - polisi berpenyertaan atau tidak berpenyertaan. Polisi insurans tidak berpenyertaan adalah polisi insurans hayat yang tidak melayakkan anda menerima keuntungan yang diperoleh oleh syarikat insurans. Polisi berpenyertaan pula melayakkan anda menerima dividen yang diperoleh oleh insurans tersebut hasil daripada pelaburan. Namun, pulangan seperti yang dinyatakan ini tidak dijamin.
Walaupun terdapat perbezaan antara insurans Takaful dan insurans konvensional, anda harus sedar bahawa kedua-dua jenis insurans memberikan anda perlindungan dan juga simpanan.Walaupun terdapat perbezaan antara insurans Takaful dan konvensional, kedua-duanya memberi anda perlindungan dan juga simpanan.
- Apa jenis-jenis Takaful yang ada?
Ada dua jenis Takaful yang utama, Takaful Keluarga dan Takaful Am.(Sila klik pautan kepada Panduan Insurans kami yang lain untuk belajar lebih lanjut tentang topikapa perlu dipertimbangkan bila membeli insurans.
Takaful Keluarga
Takaful Keluarga (serupa dengan Insurans Hayat Konvensional)
Seperti insurans konvensional, anda boleh dapatkan pelan Takaful keluarga seumur hidup atau pelan Takaful Keluarga sementara.
- Dalam sebuah pelan Takaful Keluarga, anda boleh ambil pelan perlindungan yang melindungi anda untuk satu tempoh yang ditetapkan apabila anda meninggal dunia atau jika anda hilang upaya.
- pelan Takaful keluarga seumur hidup memberi anda perlindungan kewangan jika berlaku tragedi, di samping menyediakan simpanan jangka panjang. Sebahagian daripada caruman bulanan anda akan dimasukkan ke dalam satu pelan simpanan. Apabila tempoh sijil anda tamat, anda akan ada sejumlah wang simpanan. Jika anda hilang upaya atau meninggal dunia sebelum sijil anda matang, anda atau benefisiari anda akan menerima wang daripada pengendali Takaful anda.
Takaful berkaitan pelaburan (serupa dengan insurans konvensional berkaitan pelaburan)
Pelan Takaful berkaitan pelaburan ialah satu gabungan perlindungan Takaful dan pelaburan. Anda tentukan bahagian caruman anda yang menyumbang kepada perlindungan untuk anda (termasuk perlindungan jika hilang upaya atau meninggal dunia). Caruman selebihnya dilaburkan dalam dana pelaburan patuh Shariah yang anda pilih. Setiap pengendali Takaful menawarkan beberapa pilihan dana yang berbeza-beza untuk tujuan pelaburan.
Takaful Perubatan dan Kesihatan (serupa dengan Insurans Perubatan konvensional)
Sebuah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dapat membiayai kos rawatan perubatan di hospital termasuk kos pembedahan dan hospitalisasi. Anda boleh dapatkan pelan ini secara kendiri atau sebagai tambahan (rider) kepada pelan Takaful Keluarga yang asas.
Takaful Pendidikan Anak (serupa dengan polisi Endowmen Pendidikan konvensional)
Takaful Pendidikan Anak ialah satu pelan simpanan jangka panjang bagi tujuan membiayai pendidikan peringkat tinggi anak anda. Ia juga memberikan bantuan kewangan kepada anak anda jika sesuatu berlaku kepada anda (kehilangan upaya atau meninggal dunia).
Takaful Am
Takaful Motor (serupa dengan insurans motor)
Takaful Motor memberikan perlindungan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh kemalangan, kecurian, atau kebakaran yang tidak sengaja. Sama seperti insurans motor konvensional, pelan Takaful yang komprehensif turut memberikan perlindungan kepada pihak ketiga yang mengalami apa-apa kecederaan atau yang meninggal dunia, dan yang mengalami kerugian/kerosakan pada kenderaan mereka.
Takaful Rumah
Takaful Rumah memberikan perlindungan untuk rumah anda jika berlaku banjir, kebakaran dan bencana alam tertentu.
Takaful Kemalangan Diri
Secara amnya, Takaful Kemalangan Diri ialah satu pelan yang dapat memberikan ganti rugi kepada anda atau benefisiari yang anda namakan jika berlaku sesuatu kepada anda seperti kehilangan upaya, cedera akibat kemalangan.atau meninggal dunia.
- Bolehkah Takaful memberi perlindungan yang sama untuk harga yang sama dengan insurans konvensional?
Penerangan
Takaful
Konvensional
Premium /Caruman Tahunan (RM)
2,400
2,400
Perlindungan Tahunan (RM) 100,000
100,000
Sumber: Kami membandingkan harga dan perlindungan antara polisi konvensional dan sijil Takaful, dengan meneliti satu polisi konvensional dan satu sijil Takaful.
Jadual di atas menunjukkan yang anda boleh mendapat faedah yang serupa pada kadar atau harga yang serupa untuk produk insurans Takaful mahupun konvensional, bergantung kepada pelan yang dipilih.
Terdapat juga pengendali Takaful yang menawarkan produk tinggi nilai yang dapat memberikan perlindungan yang sama untuk premium tahunan yang lebih rendah.
Tak kira sama ada anda ingin membeli insurans Takaful ataupun konvensional,Tak kira sama ada anda ingin membeli insurans Takaful ataupun konvensional, pastikan anda membandingkan sijil/polisi sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian. Klik di sini untuk melihat perbandingan antara beberapa polisi insurans yang terdapat di pasaran.
- Apa yang anda perlu pertimbangkan apabila mengambil pelan Takaful?
- Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen insurans yang telah berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar semak1. Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Semak di sini untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar. Anda boleh juga meninjau pelan Takaful dalam talian atau belian kaunter yang membolehkan anda berurusan secara terus dengan Pengendali Takaful tanpa melibatkan pengantara seperti ejen, penasihat kewangan, atau rakan kongsi bancatakaful. Buat masa sekarang, pelan Takaful yang ditawarkan melalui saluran terus ini adalah pelan Takaful sementara, pelan penyakit kritikal, serta pelan perubatan dan kesihatan.
Bagi produk kewangan Islam seperti Takaful, setiap produk mesti mematuhi garis panduan dalaman institusi kewangan dan garis panduan pematuhan Shariah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jadi, penting untuk anda pastikan bahawa pengendali takaful anda telah berdaftar dengan BNM untuk memastikan pelan/produk yang ditawarkan adalah patuh Shariah.
- Kalau anda mendapatkan perlindungan daripada syarikat yang nampak baru atau yang namanya anda tak pernah dengar sebelum ini, semak senarai ini dan lihat sama ada syarikat tersebut telah berdaftar.
- Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen insurans yang telah berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar semak1. Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Semak di sini untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar. Anda boleh juga meninjau pelan Takaful dalam talian atau belian kaunter yang membolehkan anda berurusan secara terus dengan Pengendali Takaful tanpa melibatkan pengantara seperti ejen, penasihat kewangan, atau rakan kongsi bancatakaful. Buat masa sekarang, pelan Takaful yang ditawarkan melalui saluran terus ini adalah pelan Takaful sementara, pelan penyakit kritikal, serta pelan perubatan dan kesihatan.
- Patut ke anda ambil pelan Takaful?
Kalau anda sukakan idea perkongsian risiko, peluang mendapat wang lebihan dan pematuhan Shariah, anda boleh pertimbangkan mengambil pelan Takaful. Jika tidak, buat perbandingan antara polisi konvensional dan pelan takaful untuk mengenalpasti yang mana satu dapat memberi anda perlindungan yang terbaik dengan jumlah caruman yang anda mampu bayar.
Seperti insurans konvensional, ada beberapa faktor lain yang anda perlu pertimbangkan apabila mengambil bahagian dalam sebuah pelan Takaful. Untuk mendalami topik ini, sila rujuk Panduan kami tentang apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans.
Related Articles