Insurans Hayat
Insurans hayat provides your dependents with a sum of money if you pass away or become permanently disabled. Anda patut mengambil polisi insurans hayat jika ada individu yang bergantung kepada pendapatan anda untuk sara diri mereka, seperti anak-anak anda, pasangan anda, atau ibu bapa anda yang sudah berumur (mereka ini tanggungan anda).
- Ringkasan
- Dua jenis produk insurans hayat
- Mempertimbangkan antara polisi seumur hidup vs polisi hayat sementara
- Beberapa tip berguna
- Bagaimana untuk mulakan?
- Dua jenis produk insurans hayat
Ada dua jenis produk insurans hayat (jangan keliru pula!):
- Produk insurans hayat sementaraproducts last for fixed periods (5-40 years).untuk satu tempoh yang telah ditetapkan (5-40 tahun). Tapi kalau sesuatu terjadi kepada anda hanya setelah tamat tempoh polisi tersebut, tanggungan anda tak akan menerima apa-apa.
Kenapa produk ini mempunyai struktur sedemikian? Bayangkan seorang bapa yang mencari duit untuk menyara keluarganya. Beliau memerlukan perlindungan seperti ini untuk anak-anaknya selama tempoh lebih kurang 20 tahun, iaitu sehingga mereka dewasa dan boleh menanggung kehidupan mereka sendiri. Selepas itu, jika beliau tidak mempunyai tanggungan lain, beliau tak perlu lagi mempunyai insurans hayat.
Untuk insurans hayat sementara, tiada pembayaran tunai akan dibuat pada penghujung polisi jika ia tak digunakan if it isn’t used (berbanding insurans hayat seumur hidup yang menjanjikan pembayaran tunai – teruskan membaca untuk fahami dengan lebih lanjut!). Disebabkan insurans hayat sementara tiada elemen simpanan atau pelaburan yang terikat padanya, premium untuk polisi insurans hayat sementara adalah lebih rendah daripada polisi insurans seumur hidup!
Secara am, premium untuk polisi hayat sementara adalah dalam lingkungan RM300 ke RM600 setahun. Semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi premium yang perlu dibayar.
- Produk seumur hidupkekal sehingga anda meninggal dunia, dan pembayaran satu jumlah tertentu akan dibuat kepada ahli keluarga anda apabila anda meninggal dunia.
Satu polisi seumur hidup menggabungkan polisi insurans dengan satu produk simpanan/pelaburan. . Sebahagian daripada premium yang anda bayar ialah untuk menanggung risiko anda meninggal secara tiba-tiba (bahagian insurans). Bahagian premium yang lain ialah untuk sejumlah wang yang akan diterima oleh tanggungan anda walaupun jika anda meninggal dunia secara semulajadi (elemen simpanan/pelaburan).
Premium untuk polisi seumur hidup biasanya lebih tinggi daripada polisi hayat sementara, iaitu dalam lingkungan RM1000 hingga RM4000 setahun.
Satu lagi perbezaan antara polisi seumur hidup dengan polisi hayat sementara: oleh sebab polisi seumur hidup kekal untuk sepanjang hidup anda, premium yang anda bayar kekal sama walaupun usia anda semakin meningkat Dengan polisi hayat sementara, jika anda mahu memperbaharui polisi anda selepas ia tamat tempoh, anda perlu bayar premium yang lebih tinggi.
- Produk insurans hayat sementaraproducts last for fixed periods (5-40 years).untuk satu tempoh yang telah ditetapkan (5-40 tahun). Tapi kalau sesuatu terjadi kepada anda hanya setelah tamat tempoh polisi tersebut, tanggungan anda tak akan menerima apa-apa.
- Mempertimbangkan antara polisi seumur hidup vs polisi hayat sementara
- Kenalpasti apa keperluan anda – anda perlu memberi perlindungan kepada tanggungan anda untuk sepanjang hayat anda? Atau cuma untuk 20 tahun akan datang? Jika anda hanya perlukan insurans sehingga anak-anak anda dewasa, anda patut pilih insurans hayat sementara kerana ia lebih murah berbanding insurans seumur hidup
- Fikirkan sama ada anda mahukan unsur-unsur simpanan dalam pelan insurans anda– seperti yang dinyatakan tadi, elemen simpanan yang ditawarkan dalam pelan seperti ini bukannya percuma, jadi kalau anda ada kaedah alternatif untuk menyimpan wang, itu sebenarnya lebih baik. Anda boleh mengambil polisi hayat sementara atau polisi seumur hidup dengan bayaran tunai minimum serta ciri-ciri pelaburan yang minimum juga.
- Kenalpasti apa keperluan anda – anda perlu memberi perlindungan kepada tanggungan anda untuk sepanjang hayat anda? Atau cuma untuk 20 tahun akan datang? Jika anda hanya perlukan insurans sehingga anak-anak anda dewasa, anda patut pilih insurans hayat sementara kerana ia lebih murah berbanding insurans seumur hidup
- Beberapa tip berguna
- Faktor yang memberi kesan kepada premium anda ialah umur, masalah perubatan sedia ada amaun perlindungan relatif kepada pendapatan terkini, jenis pekerjaan, dan bilangan tanggungan. Jika polisi hayat sementara anda sudah tamat dan anda mahu memperbaharuinya, anda patut jangkakan bahawa premium yang anda perlu bayar akan menjadi lebih tinggi.
- Periksa sama ada polisi hayat sementara anda mempunyai ciri-ciri pertukaran atau jaminan pembaharuan. Mungkin pada penghujung tempoh polisi hayat sementara anda, iaitu selepas 20 tahun, anda sedang menghidap penyakit. Jika polisi anda ada pilihan pertukaran, anda boleh bertukar kepada polisi seumur hidup. Jika tidak, anda terpaksa keluar daripada polisi yang sudah luput dan cuba untuk masuk kembali, tapi permohonan anda mungkin akan ditolak dan anda tidak akan mendapat perlindungan lagi.
- Pastikan anda baca cetak halus polisi insurans anda berkenaan jumlah wang yang akan diterima jika anda membuat serahan polisi anda sebelum waktunya. Kadangkala, ini boleh menyebabkan anda kehilangan pulangan daripada simpanan anda selama bertahun-tahun.
- Jika anda mengambil polisi seumur hidup, jauhi polisi insurans berkait-unit. Ia merupakan ciri pelaburan yang mengikat pembayaran tunai secara terus kepada prestasi pelaburan dasar. Dalam erti kata yang lain, anda mengambil risiko penuh atas pelaburan yang diuruskan oleh syarikat insurans anda. Dalam kes ini, lebih baik anda melabur secara terus dalam dana tertentu berbanding melalui syarikat insurans anda.
- Untuk polisi seumur hidup, terdapat polisi berpenyertaan dan polisi tidak berpenyertaan. Bagi polisi tidak berpenyertaan, pulangan pelaburan anda adalah tetap dan risiko pelaburan dasar ditanggung oleh syarikat insurans. Seperti yang boleh dijangka, syarikat insurans akan menawarkan anda pulangan yang lebih rendah, kerana risiko yang anda tanggung juga lebih rendah.
- Jika anda merancang untuk mengambil pinjaman perumahan,pastikan perlindungan insurans hayat anda tidak bertindih dengan apa-apa insurans gadai janji yang anda ambil. Jika anda rasa insurans hayat anda sudah memberikan perlindungan yang cukup jika pinjaman rumah tak dapat dibayar akibat kematian atau kecacatan kekal, anda boleh berbincang dengan bank anda untuk menggugurkan keperluan mengambil polisi insurans untuk pinjaman gadai janji anda.
- Bagaimana untuk mulakan?
Anda boleh dapatkan polisi insurans hayat melalui agen insurans berlesen atau broker insurans.Tapi pastikan anda buat kajian dulu sebelum membuat keputusan. Jangan hanya bergantung kepada nasihat agen insurans semata-mata kerana mereka sedang cuba menjual produk kepada anda dan mendapatkan komisyen daripada penjualan itu.
Baca artikel kami “Apa perlu dipertimbangkan bila membeli insurans?” untuk mendapatkan panduan lanjut.untuk bantuan dan panduan lanjut.
- Additional Resources
Untuk membantu anda membandingkan polisi dan mengingati butiran yang penting, kami telah menyediakan satu pencontoh untuk anda isi semasa anda menjalankan kajian.
Syarikat insurans & Polisi Syarikat insurans:
Polisi:
Syarikat insurans:
Polisi:
Syarikat insurans:
Polisi:
Sebut Harga Premium Tempoh Polisi Perlindungan Pengecualian yang dinyatakan ‘Rider’ Pilihan Terma-terma lain Bagaimana untuk beli
Related Articles