Unit Amanah

Unit amanah ialah gabungan pelbagai pelaburan yang dihimpun menjadi satu. Pelaburan-pelaburan ini termasuk saham, bon, harta dan banyak lagi, dan setiap unit amanah mempunyai gabungan pelaburan yang berbeza.

 

Ringkasan

Unit amanah ialah gabungan pelbagai jenis pelaburan yang dihimpunkan dan diuruskan oleh pengurus dana. Contoh unit amanah ialah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ada empat (4) perkara penting yang anda perlu tahu: reputasi,, unit amanah, berapa banyak risiko yang anda rasa anda sanggup, macam mana prestasi lampau, unit amanah dan nisbah belanja.

Reputasi
Jangan hanya bergantung kepada tip keluarga dan kawan-kawan. Rujuk unit amanah yang diluluskan oleh KWSP atau semak Morningstar yang ada senarai penarafan mereka sendiri untuk unit amanah

Keutamaan Risiko Anda
Perkataan ‘risiko’ secara mudah merujuk kepada kemungkinan pelaburan anda rugi. Untuk faham tahap toleransi anda terhadap risiko, tanya diri anda berapa banyak wang yang anda sanggup rugi atau terikat dengan pelaburan untuk jangka masa yang lama. Lebih banyak yang anda sanggup rugi, dan lebih lama anda sanggup terikat dengan pelaburan, lebih tinggi toleransi anda terhadap risiko. Ingat, sesetengah unit amanah mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada yang lain.

Prestasi Masa Lampau
Masa lampau tak semestinya sama dengan masa depan, tapi prestasi lampau unit amanah boleh memberi anda idea tentang betapa bagus wang anda akan diuruskan jika dilaburkan di situ.

Paling bagus untuk lihat prestasi dana untuk 3 atau 5 tahun.

Fi
Anda perlu tahu berapa ‘nisbah belanja’ sesuatu unit amanah kerana ia secara kasar memberitahu anda fi yang anda akan bayar untuk melabur dalam dana yang anda pilih. Nisbah belanja unit amanah adalah antara 0.3% hingga lebih 3%.

Fi ini mungkin nampak kecil tapi ia akan memakan pulangan anda!

 

CARA UNTUK PILIH UNIT AMANAH YANG SESUAI UNTUK ANDA!

Langkah 1: Pastikan kredibiliti dana

KWSP

Cara yang bagus untuk semak kredibiliti sesuatu dana adalah dengan merujuk kepada senarai dana yang diluluskan oleh KWSP, klik di sini dan turun ke artikel ‘Di Mana Anda Boleh Melabur’. Dana yang tersenarai di situ mesti memenuhi pemarkahan minimum KWSP SACR 2.33. Secara asas, pemarkahan ini mengukur betapa stabil prestasi sesuatu dana dalam tempoh tertentu. Dana yang mempunyai markah rendah daripada SACR 2.33 tidak dimasukkan kerana prestasinya yang tidak stabil.

Bercakap tentang KWSPanda mungkin boleh memindahkan sehingga 30% daripada jumlah lebihan Simpanan Asas dalam Akaun KWSP anda untuk melabur dalam dana yang diluluskan oleh KWSP!

Morningstar

Selain itu, anda juga boleh semak penarafan dana Morningstar dengan pergi ke laman web mereka di sini. Morningstar menggunakan kriteria mereka sendiri untuk menyediakan penarafan yang jelas yang menunjukkan betapa prestasi sesuatu dana boleh dipercayai, jadi anda tak perlu mengiranya sendiri.

Di laman web, pergi ke Fund Tools, kemudian Funds to Explore, dan klik Snapshot. Di sini anda akan lihat senarai unit amanah dan penarafan Morningstar di sebelah nama masing-masing. Klik lajur penarafan Morningstar untuk susun senarai mengikut penarafan, jadi anda akan lihat dana dengan penarafan tertinggi berada paling atas dalam senarai.

Sumber: Morningstar

Langkah 2: Lihat berapa besar risiko sesuatu dana

Dengan risiko yang lebih besar, ada potensi untuk pulangan yang lebih besar, tetapi ada potensi kerugian yang lebih besar juga. Perkara yang penting di sini ialah menentukan berapa besar risiko yang anda selesa untuk ambil dan kemudian pilih dana unit amanah yang sesuai dengan keutamaan risiko anda.

Macam mana rupa risiko yang lebih tinggi? Seperti dalam graf di bawah, mengambil risiko yang lebih tinggi bermakna turun naik pulangan anda juga tinggi, sama seperti anda menaiki roller-coaster.

Mengambil risiko yang rendah pula bermakna pulangan anda kurang turun naik, yang juga bermakna untuk mendapat pulangan yang sama tinggi mungkin tidak tercapai (ditunjukkan oleh garisan kuning).

Secara umumnya:

  • Dana ekuiti mepunyai risiko yang paling tinggi kerana dilaburkan dalam saham syarikat, dan ia kadang kala tidak menentu (maknanya boleh turun dan naik dengan banyak)
  • Dana pendapatan tetap mepunyai risiko yang paling rendah kerana sebahagian besarnya dilaburkan dalam bon (seperti bon kerajaan dan korporat) dan instrumen pasaran wang (pelaburan yang menjana untung melalui kadar faedah)
  • Dana seimbang , seperti mana namanya, adalah gabungan ekuiti, pendapatan tetap dan aset pasaran wang yang mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan dana ekuiti.

Rasa macam bijak tak?

Graf di bawah menunjukkan data sebenar yang kami ambil daripada dana ekuiti dan dana pendapatan tetap. Seperti yang anda dapat lihat, dana ekuiti naik dan turun lebih banyak daripada dana pendapatan tetap.

Dana ekuiti:

Sumber: Morningstar

Dana Pendapatan Tetap:

Sumber: Morningstar

Untuk mengetahui risiko sesuatu unit amanah, tanya tahap risiko atau minta prospektus dana atau ringkasan dana daripada perunding unit amanah anda. Dokumen ini mengandungi graf harga dana, dengan itu anda boleh lihat corak pulangan dana tersebut untuk tahu berapa banyak pulangannya naik dan turun.

Penting untuk mengambil kira umur anda apabila menentukan keutamaan risiko yang anda pilih. Pelabur yang lebih berusia patut memilih risiko yang rendah kerana jika pelaburan merudum, ada tempoh beberapa tahun yang lebih pendek untuk melambung semula daripada kerugian yang dialami.

Langkah 3: Lihat prestasi dana

Untuk mengetahui betapa bagus (atau tidak) sesuatu dana itu diuruskan, sebaik-baiknya lihat prestasi dana untuk 3 atau 5 tahun.

Contohnya, carta di bawah menunjukkan Nilai Aset Bersih (NAV atau sebenarnya, harga) contoh dana unit amanah untuk 6 bulan. Ia menunjukkan yang keseluruhannya, prestasi dana tersebut bagus.

Sumber: Morningstar

Namun, jika kita lihat carta NAV untuk 3 tahun, kita boleh katakan prestasi dana tersebut tidak bagus.

Sumber: Morningstar

Macam mana nak dapatkan maklumat ini? Gunakan Fund Tools Morningstar Fund Tools , pergi ke Fund to Explore dan klik tab Performance.

Sama juga, anda akan lihat enam lajur, tetapi hanya satu lajur yang anda perlu fokus iaitu yang terakhir: Pulangan Tahunan 3 atau 5 tahun. Klik mana-mana jalur ini akan menyusun senarai dalam turutan prestasi supaya angka terbesar berada paling atas dalam senarai.

 

Maklumat versi mudah ada di sini. Anda akan lihat dua maklumat utama: profil risiko dana dan pulangannya sepanjang tempoh 3 dan 5 tahun.


 

Langkah 4: Tahu fi apa yang terlibat

Fi ialah kos yang tak boleh dielakkan yang akan memakan pulangan anda

Untuk lebih faham macam mana fi menjejaskan pulangan keseluruhan, jom lihat kes berikut:

Peraturan 72:

Peraturan ini memberikan cara mudah untuk kita faham berapa lama masa yang diambil untuk menggandakan pelaburan. Anggapkan kadar pulangan tahunan tetap x%, ia mengambil masa kira-kira 72÷X tahun untuk menggandakan pelaburan anda. Contohnya, anda mempunyai 8% pulangan tahunan. Dalam senario ini, 9 tahun masa yang diambil untuk menggandakan wang anda.

Sekarang, jom periksa apa yang akan berlaku jika anda membayar 2% fi tahunan. Ia akan mengurangkan pulangan anda daripada 8% kepada 6% dan akhirnya akan mengambil masa 12 tahun untuk menggandakan pelaburan anda.

Lihat graf di bawah: Disebabkan fi, pelaburan anda memerlukan tambahan 3 tahun untuk digandakan!

Berhati-hati dan ambil kira semua pilihan yang ada sebelum anda menanggung apa-apa fi. Elakkan juga bertukar daripada satu dana kepada dana yang lain kerana ia akan memakan lebih banyak wang anda akibat caj Pemindahan dan Pertukaran.

Fi unit amanah biasanya terdiri daripada:

  • Fi Jualan Pendahuluan
  • Fi Pengurusan
  • Caj Pemindahan, Pertukaran dan Penebusan

Di bawah tajuk ‘Ringkasan’, kami membincangkan Nisbah Belanja. Secara kasar, Nisbah Belanja memberitahu anda fi apa yang anda perlu bayar untuk melabur dalam dana yang anda pilih. Anda boleh lihat jumlah Nisbah Belanja dan fi-fi lain dengan mudah di Morningstar, hanya pergi ke Fund Tools, kemudian Fund Tools, kemudian Funds to Explore, dan klik Nuts and Bolts tab.

Klik mana-mana lajur akan menyusun senarai untuk anda daripada angka tertinggi kepada terendah dan sebaliknya. Jika anda tak pasti untuk lihat yang mana satu, hanya gunakan lajur Jumlah Nisbah Belanja.

Sila maklum yang fi broker dan kos transaksi TAK termasuk dalam Nisbah Belanja.

 

7 TIP MELABUR DALAM UNIT AMANAH

Bandingkan pulangan dengan indeks yang berkaitan

Pastikan anda tanya kepada agen anda tentang prestasi dana berbanding indeks yang berkaitan. Jika dana anda tak menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada indeks tersebut, pengurus pelaburan anda sebenarnya menyusutkan nilai wang anda.

Berhati-hati dengan fi yang tinggi
  • Pembayaran fi mungkin dianggap sebagai perkara kecil tapi ia akan memakan pulangan anda! Anda harus asentiasa tahu apa itu ‘ratio perbelanjaan’ sesuatu unit amanah kerana ia secara kasar memberi gambaran tentang fi yang akan dibayar untuk melabur dalam dana yang anda pilih. Untuk unit amanah, ratio perbelanjaan selalunya dalam lingkungan 0.3% hingga lebih daripada 3%.
  • Kalau nak melabur dalam unit amanah, anda patut pertimbangkan penggunaan portal KWSP i-Invest yang menghadkan bayaran fi. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Untuk membaca tentang pelbagai jenis fi:

  • Fi Jualan Pendahuluan: Ini adalah fi sekali bayar yang dibayar apabila anda membeli unit amanah. Sebahagian daripada fi ini mungkin termasuk komisyen untuk perunding yang telah menjual produk ini kepada anda. Fi Jualan untuk dana ekuiti atau dana bercampur dalam lingkungan 3-6% daripada modal yang dilaburkan. Fi jualan bagi bon dan dana pasaran wang pula selalunya lebih rendah, iaitu pada kira-kira 0-2%.
  • Fi Pengurusan: Ini adalah fi untuk menampung kos mengendalikan dana. Satu contoh ialah 1.25% ke 1.8% setahun daripada NAV per unit dana ekuiti, dana bercampur atau dana seimbang and 0.75-1% daripada dana pendapatan tetap atau dana pasaran wang. Anda akan dikenakan fi ini setiap tahun. Secara amnya, fi untuk jenis-jenis dana yang lain adalah lebih rendah.
  • Caj Pemindahan dan Pertukaran: Kadar caj ini selalunya dalam lingkungan 0.25% ke 0.75%. Dalam kes tertentu, mungkin ada bayaran tetap sebanyak RM25-RM50 yang dikenakan. Berhati-hati dengan pertukaran jika anda hanya melaburkan wang modal yang sedikit kerana RM50 daripada RM1000 ialah 5%, satu pengurangan modal yang sangat besar. Pastikan juga bahawa jika anda membuat pertukaran daripada satu bon atau dana pasaran wang kepada dana ekuiti atau dana campuran, ada kemungkinan anda kena bayar pula fi jualan pendahuluan sehingga 5.5%!
  • Fi Penutupan/Penebusan : Ada dana tertentu yang mungkin akan mengenakan caj kepada anda untuk menebus/menutup pelaburan anda, yang bermaksud anda perlu membayar untuk mengeluarkan wang anda daripada dana tersebut dan menutup akaun anda.
Jangan menduga pasaran

Anda mungkin tak akan tahu bila masa yang sesuai dan tidak sesuai untuk membeli unit amanah. Inilah sebabnya apabila anda melabur, anda patut melaburkan jumlah wang yang kecil secara tetap dan konsisten.

Jika anda memilih untuk melabur dalam unit amanah, pegang pelaburan itu untuk jangka panjang

Disebabkan oleh fi pendahuluan yang tinggi, memegang unit amanah hanya untuk beberapa tahun tak berbaloi kerana anda mungkin takkan dapat semula kos yang anda belanjakan! Apabila anda memilih untuk melabur dalam sebuah unit amanah, anda harus bersedia untuk terus memegang pelaburan itu untuk jangka panjang, lebih kurang untuk tempoh 10 tahun atau lebih (melainkan jika anda dapati ia tak diuruskan dengan baik!)

Sentiasa ada risiko kehilangan wang

Seperti pelbagai pelaburan lain, melabur dalam unit amanah turut melibatkan risiko kehilangan modal yang kekal. Jika anda membuat keputusan untuk menjual unit-unit yang anda telah beli, harganya pada masa itu mungkin kurang daripada harga yang telah anda bayar sebelum ini untuk unit-unit tersebut. Lindungi diri anda dengan tidak menghimpunkan semua pelaburan anda di satu tempat!

Jangan lupa pelbagaikan pelaburan anda
  • Sebarkan risiko yang anda ambil dengan cara meletakkan hanya sebahagian daripada pelaburan anda dalam mana-mana satu unit amanah. Anda boleh juga pertimbangkan untuk melabur dalam beberapa jenis unit amanah atau dalam pelaburan jenis lain sebagai cara untuk menyebarkan risiko anda.
  • Pertimbangkan Dana Dagangan Bursa (ETF). Dalam pasaran negara barat, syarikat pengurusan dana semakin menerima tekanan untuk mengurangkan fi. Ini telah menyebabkan permintaan meningkat untuk ETF yang membawa manfaat yang sama dengan unit amanah, tetapi dengan pengenaan kadar fi yang jauh lebih rendah dan keupayaan membuat perubahan tanpa perlu membayar kos yang tinggi.
Ingat, syarikat unit amanah dan perunding mereka mahu menjual produk kepada anda. Terpulang kepada anda untuk membuat kajian yang sepatutnya
  • Syarikat unit amanah akan tetap menikmati keuntungan tidak kira betapa baik (atau buruk) prestasi pelaburan anda.
  • Perunding unit amanah yang menjual dana kepada anda mendapat komisyen pada titik penjualan (Ingat, fi pendahuluan yang boleh mencapai sehingga 5 ke 6% pergi terus kepada agen jualan anda sebagai komisyen). Sentiasa berhati-hati dengan apa yang disarankan oleh perunding dan jangan lupa bahawa matlamat utama mereka ialah untuk anda membeli produk daripada mereka.
  • Perunding unit amanah tak akan menasihati anda tentang pilihan pelaburan yang lain selain daripada unit amanah. Untuk apa-apa sebab yang tertentu, beliau juga mungkin hanya akan mempromosikan dana tertentu sahaja kepada anda dan tidak memaklumkan kepada anda tentang dana yang lain. Jadi anda perlu dapatkan maklumat dengan membuat kajian anda sendiri serta ambil tahu tentang dana lain yang ada di luar sana!
Details
Published Date
12 Feb 2021
Source
MULTIPLY
Share

Related Quizzes

Discover other related quizzes