Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?
Guide
- Ringkasan
- Jaminan pulangan sebanyak 2.5% setahun
KWSP telah berjaya mencapai pulangan sekitar 6% untuk 10 tahun yang lepas. - KWSP membenarkan caruman sukarela tambahan untuk semua ahli, kecuali pekerja sektor awam yang mempunyai pencen
- Anda dan majikan anda boleh mencarum lebih daripada jumlah yang diwajibkan ke dalam simpanan KWSP anda
- Dengan menggunakan platform KWSP i-Invest, sekarang anda boleh melabur dalam unit amanah dengan bayaran fi yang lebih rendah
- Jaminan pulangan sebanyak 2.5% setahun
JOM SELAMI LAGI TOPIK NI...
- Apa itu KWSP?
KWSP ialah satu cara bebas risiko untuk menyimpan dana bagi tujuan persaraan. Simpanan inilah yang akan digunakan apabila anda bersara dan ia juga boleh menjadi tempat berpaut jika anda hilang pekerjaan dan hilang keupayaan.
- Siapa boleh melabur dalam KWSP?
Sebenarnya sesiapa pun boleh, kecuali pekerja sektor awam yang mempunyai pencen.
Ahli KWSP tergolong dalam 2 kategori asas:
- Mereka yangdiwajibkan mencarum dalam KWSP
- Mereka yang mencarum secara sukarela
Mereka yang wajib mencarum ialah pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak mempunyai pencen. Tahukah anda bahawa anda dan majikan anda boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman biasa 11% (pekerja) dan 12-13% (majikan)? Tidak ada had yang dikenakan terhadap jumlah anda boleh mencarum. Anda atau majikan anda hanya perlu menyerahkan borang di pejabat KWSP.
ika anda tidak mahu memberi komitmen untuk mencarum jumlah yang lebih pada setiap bulan, KWSP membenarkan anda membuat caruman sukarela terhadap KWSP anda. Jika anda ada sedikit duit lebih, anda boleh masukkan duit tersebut ke dalam akaun KWSP anda. Had maksimum yang boleh disimpan secara sukarela ialah RM60,000 setiap tahun.
Bagaimana kalau anda tak ada majikan? Anda masih boleh menyimpan dalam KWSP dengan membuat caruman sukarela. Pergilah ke kaunter KWSP berdekatan dengan anda, dan mula mencarum.
- Kenapa simpanan dalam KWSP tu penting?
Tahukah anda bahawa 64% daripada ahli KWSP yang telah mencapai usia 54 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000? Mereka mungkin hanya ada RM50,000 sahaja untuk kegunaan sara diri hingga ke akhir hayat, dan ini agak menakutkan kerana simpanan KWSP diperlukan sebagai sumber kewangan anda apabila anda bersara.
Inilah sebabnya merancang persaraan itu sangat penting. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan persaraan, klik di sini.
Macam mana nak tahu sama ada duit simpanan anda akan mencukupi untuk persaraan anda?
Pertama sekali, penting untuk mengenal pasti jenis persaraan yang anda mahu. Dengan cara ini anda boleh merancang dengan lebih tepat berapa jumlah wang yang anda perlukan apabila anda bersara. Untuk mengguna kalkulator persaraan, klik di sini.
Lebih mudah untuk mencapai matlamat persaraan anda jika anda mula menyimpan lebih awal kerana anda akan dapat menikmati faedah pengkompaunan. Mari kita lihat satu contoh manfaat pengkompaunan: compounding. Let’s see an example of the benefits of compounding:
RM1,000 yang dilaburkan dalam KWSP 20 tahun lepas akan bernilai RM3,018 hari ini
RM1,000 yang dilaburkan dalam KWSP 10 tahun lepas akan bernilai RM1,822 hari ini
RM1,000 yang dilaburkan dalam KWSP 5 tahun lepas akan bernilai RM1,362 hari ini
Selain daripada membantu anda menyimpan dan menambahkan wang anda untuk tujuan persaraan, KWSP membenarkan anda mengeluarkan simpanan anda untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan pembelian rumah.
- Bagaimana nak tahu jika anda menyimpan wang yang cukup untuk persaraan anda?
Menurut KWSP, anda patut ada sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000 sebulan selepas persaraan pada usia 55 tahun hingga 75 tahun. Maksudnya, apabila anda bersara pada usia 55 tahun, anda patut ada sekurang-kurangnya RM240,000, tapi ini harus diambil sebagai jumlah paling minimum yang anda akan perlukan untuk persaraan anda!
Ini garis panduan yang disediakan oleh mereka (Anda boleh semak jumlah yang anda ada dalam Akaun 1 untuk menilai sama ada anda akan mampu untuk mencapai jumlah Simpanan Asas KWSP):
Semak jadual di bawah untuk melihat berapa banyak jumlah yang anda patut simpan pada setiap peringkat umur, bagi memastikan yang anda akan mempunyai simpanan yang cukup apabila bersara kelak:
Adakah jumlah RM240,000 pada usia 55 cukup untuk kita bersara? Mungkin anda akan perlukan lebih daripada itu. Pendapatan yang selesa untuk persaraan anda mungkin lebih hampir kepada RM2,700 sebulan atau lebih kurang RM568,000 apabila anda bersara pada usia 55 tahun
around RM568,000 when you retire at age 55 (Ini berdasarkan tanggapan bahawa kadar inflasi kekal pada 2% dan anda mendapat pulangan sebanyak 5% untuk simpanan persaraan anda).
Ingat, ini cuma panduan untuk anda menilai kedudukan anda dari segi jumlah simpanan. Jadi, walaupun anda mungkin belum mencapai jumlah yang sepatutnya, anda harus berusaha dengan gigih untuk menyimpan supaya anda dapat mencapai sasaran ini.
Kesempatan yang ada untuk mencarum secara sukarela dalam KWSP patut dimanfaatkan untuk membantu anda mencapai sasaran jumlah simpanan.
- Tapi kenapa melabur dalam KWSP? Selalunya berapa kadar pulangan yang diberi oleh KWSP?
Apabila anda melabur dalam KWSP, anda dijamin menerima dividen tahunan pada kadar minimum 2.5% jika anda memilih akaun konvensional. conventional account.
Harus diingat bahawa mengikut sejarah, pulangan KWSP selalunya berada dalam lingkungan 6% (untuk 10 tahun lepas), jauh lebih tinggi daripada kadar minimum 2.5% yang dijamin oleh mereka. Pulangan seperti ini jauh lebih baik berbanding pelaburan dalam deposit tetap (lebih kurang 3%) iaitu pelaburan yang paling menyerupai KWSP dari segi profil risiko. Tambahan pula, KWSP ialah pelaburan yang selamat dan menghasilkan pulangan yang baik terutamanya memandangkan anda mengambil risiko yang sangat sedikit.
Pulangan sejarah ini secara amnya boleh dibandingkan dengan pulangan produk pelaburan lain selepas anda menolak bayaran fi. Kenapa ini penting? Jika sesebuah produk pelaburan tidak memberi anda pulangan yang lebih baik daripada KWSP selepas menolak bayaran fi, maksudnya anda tidak mendapat apa-apa pulangan yang lebih untuk risiko tambahan yang anda ambil.
KWSP mencapai pulangan kira-kira 6% kerana ia mempunyai pasukan sepenuh masa yang bekerja keras menguruskan wang anda untuk anda. Kebanyakan daripada kita tidak akan dapat meluangkan masa untuk belajar dan menguruskan pelaburan kita pada tahap kejayaan yang sama. Inilah sebabnya kami sangat menyarankan anda meletakkan simpanan anda dalam KWSP. Jika anda berminat untuk mengetahui jenis pelaburan yang dilakukan oleh KWSP, anda boleh semak laporan tahunan mereka.
Sumber : https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/f4d7f36f-ff1f-5017-f94d-8bfdf1ffc644
- Apa perbezaan antara Pilihan Simpanan Konvensional dan Pilihan Simpanan Syariah?
Bagi pilihan simpanan Shariah, semua pendapatan dijana daripada pelaburan KWSP yang patuh Syariah. Bagi pilihan simpanan Konvensional, pendapatan dijana daripada gabungan kedua-dua pelaburan patuh Syariah dan tidak patuh Syariah.
Mereka yang beragama Islam dan juga mereka yang bukan beragama Islam boleh memilih simpanan Shariah, namun ada beberapa perkara penting yang patut anda maklum jika memilih simpanan Shariah:
- Akaun simpanan Shariah tidak tertakluk kepada jaminan dividen minimum sebanyak 2.5%
- Semua ahli KWSP dianggap memilih simpanan konvensional sebagai pilihan asal. Pilihan simpanan patuh Syariah ialah satu langkah ‘pilih masuk’
- Setelah anda memilih simpanan Syariah, anda tidak boleh kembali semula kepada skim konvensional
- Pilihan ini akan memberi kesan kepada all semua simpanan KWSP anda
- Bila saya boleh keluarkan wang simpanan KWSP saya?
Memandangkan tujuan KWSP ialah membantu anda menyimpan untuk persaraan, anda tidak boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP bila-bila masa yang anda mahu.
Terdapat 2 bentuk pengeluaran yang terbuka kepada ahli:
Pengeluaran separa
- Pengeluaran separa ialah apabila ahli mengeluarkan wang simpanan mereka sebelum mereka mencapai usia persaraan penuh
- KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran separa atau penuh daripada Akaun 2 mereka apabila mereka mencapai usia 50 tahun
- Selain daripada itu, terdapat beberapa tujuan tertentu yang membolehkan anda membuat pengeluaran separa, iaitu:
-
- perbelanjaan perumahan
- perbelanjaan perubatan
- kos pendidikan
- untuk mengerjakan Haji
- jika mempunyai lebihan simpanan
- Anda perlu memenuhi syarat-syarat yang khusus sebelum anda boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 anda
Pengeluaran penuh
- Setelah anda mencapai usia 55 tahun, anda akan mendapat akses penuh kepada seluruh simpanan KWSP anda, dan anda boleh memilih sama ada untuk membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran separa
- Namun, anda hanya akan mendapat akses kepada simpanan selanjutnya selepas usia 55 apabila anda mencapai usia 60 tahun
Jangan pula anda habiskan Simpanan KWSP anda bila dah dapat keluarkan wang tersebut!
Ingat, baki yang anda tinggalkan dalam akaun KWSP anda masih menjana pulangan. Janganlah keluarkan kesemua simpanan anda apabila anda sudah mendapat akses penuh kepada akaun anda. Anda perlu membuat perancangan belanjawan supaya wang tersebut cukup untuk menampung keperluan anda bagi seluruh tempoh persaraan anda.
- Apakah platform i-Invest KWSP yang baru?
Mulai tahun 2019, ahli KWSP yang layak boleh melabur dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh KWSP melalui platform layan diri dalam talian i-Invest yang terdapat di dalam portal i-Akaun (Ahli).
Menggunakan platform KWSP membolehkan ahli menikmati caj jualan antara 0% hingga 0.5% daripada jumlah transaksi. Caj jualan ini jauh lebih rendah berbanding fi jualan yang biasanya dikenakan jika anda menggunakan saluran jualan unit amanah yang lain, contohnya seperti melalui agen jualan.
Sila ambil maklum, KWSP tidak menanggung sebarang risiko apabila anda memilih untuk mengeluarkan wang anda daripada KWSP untuk melabur dalam platform i-Invest. Modal anda dan dividen anda tidak dijamin apabila anda melabur dalam unit amanah. Your capital and your dividends are not guaranteed once you invest your unit trust.
Pendek kata, jangan keluarkan wang anda melainkan anda boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada yang diberikan oleh KWSP! Tiada guna memindahkan pelaburan anda keluar daripada KWSP jika ia dilaburkan dalam dana yang prestasinya lebih rendah daripada KWSP.
- Tip Berguna
Ketahui lebih lanjut tentang Khidmat Nasihat Persaraan KWSP
Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang bagaimana untuk merancang persaraan anda, KWSP ada menyediakan Khidmat Nasihat Persaraan secara percuma.
Related Articles